Sunday, May 17, 2009

Buatmu Guru ^-^

Assalamualaikum..

tarikh keramat 16 Mei merupakan ulang tahun sambutan Hari Guru..
ana pasti, sudah ramai yang tahu apa maksudnya.. x perlulah ana jelaskan lagi..

Buatmu Guru.. ana ingin menghadiahkan puisi ini..
ana bukanlah aliran sastera, tapi cube2 jgak berjiwa sastera ni..
hehe.. harap maaf jika ada kesilapan bahasa.. ;)


Hatiku sekecil semut
takut untuk menipu
kerana kutahu
kaulah yang telah berbakti
untuk musafir bumi
mendidik tanpa henti
bukan paksaan diri
tetapi kerana tulusnya hati
yang sentiasa mengharapkan
keredhaan Illahi

kau ibarat mutiara di dasar lautan
tenggelam dek dunia yang maju
tapi ku yakin dirimulah yang akan diangkat
di akhirat nantikerana jasamuberdakwah dibumi ini
sedangkan janji Allah itu benar

Guru,jasamu tak dapat ditukar ganti
walau dengan selautan emas
kerana jasamu
lebih berharga dari itu

"senyumlah guru
ceriakan harimu
didiklah kami
bersama-sama
iman, taqwa dan ilmu"

lakukannya setebal kesungguhanmu
tulus dan ikhlas
agar dirimu sentiasa dipayungi
keberkatan daripada-Nya

Semoga guruku dilimpahi nikmat didunia dan diakhirat.

Alhamdulillah Ya Rabb

Assalamualaikum..

disini..
ana ingin memaklumkan
abah alhamdulillah sudah semakin pulih..

abang ana pula, sudah seminggu di Matrik..
mengambil jurusan sains fizikal selama setahun..
semoga abang ana akan mencapai kejayaan pada tahun akan dtg.

sekian..
terima kasih..
wassalam ;)