Wednesday, September 8, 2010

Apalah raya ini tanpamu Abah ;(

salam Ramadhan..

.........................................................

Abah,
kau titipkan wang buat keperluan diri
kau curahkan kasih sayang memenuhi ruang hati
kau menjagaku dengan penuh didikan budi
tetapi mengapa akhirnya begini ?

Abah,
usahamu dan kerjamu tak kenal penat lelah
pernah sekali aku mencubanya
ternyata lebih susah dari yang kubayangkan
namun kau tetap gah mencari nafkah keluarga
bila Allah memberi rezeki
kau tidak lokek untuk berkongsi bersama kami
tawa riang kami buat kau merasa puas dan senang

Abah,
rezekimu itu bukan untuk kami sahaja
bahkan buat rakan taulanmu jua
kini bila ku lihat disekellingku,
begitu banyak peninggalan hartamu
aku lantas menangis sujud pada ilahi
kerana Allah telah memberi begitu banyak rezeki kepadamu
dan menjadikan kami sebagai pewarisnya

Abah,
segala usahamu insyaAllah membuahkan hasil
anak-anakmu kini sedar dan insaf akan kesalahan diri
anak-anakmu kini terasa ketiadaanmu disisi
anak-anakmu kini tidak pernah lekang berdoa untukmu

Abah,
kata orang, kau seorang yang baik hati
kata orang, kau bijak dan memahami
kata orang, kau penghibur hati mereka
kata aku, kaulah ...

Abah,
dulu kita jalan bersama-sama
tak sanggup kuterlepas dari pandangan matamu
perhatianmu menjadikan aku terasa dilindungi
dulu kita makan bersama
tak sanggup kududuk jauh darimu
kau sendukkan kuah itu buatku
tanda kasihmu pada diri ini
dulu kita bermain bersama
tak sanggup kutinggalkan permainan denganmu
senyumanmu yang terukir sungguh melembutkan hati ini ;((
dulu kau membawa aku bersiar-siar
kita bersembang dengan gembira
sambil diselangi nyanyian bersama
indahnya waktu itu
Allah lebih memahami perasaanku

Duhai Abah,
pagi itu, aku terlepas untuk bersembang denganmu
petang itu, aku sibuk mengurus kerjaku
malam itu, aku teringat padamu , tapi
aku sibuk mengaji dirumah Allah
aku sibuk menyelesaikan tanggungjawabku
detik 11 malam, selesai aku membaca Quran,
aku lantas pengsan dilantai,
sahabatku membawaku pulang
aku tidak sedar, abah..
aku lena..
menghampiri detik 12 malam,
aku terbangun,
hatiku bagai direntap dengan kuat,
ku capai handphoneku,
kelihatan banyak panggilan telefon yang terlepas
banyak pula mesej2 diinbox yang tak dibaca
aku lantas bangun dan mengingat apa yang terjadi..
satu mesej kubuka dari seorang sahabat..
hingga kini kumasih ingt apa yang dikatakannya
" ain, betul ke ayah kau dah xde ? "
aku baca berkali2 mesejnya..
lawakkah ? realitikah ?
" kakFafa, kawan ain cakap abah dah xde.. kakfafa.. dia buat lawak ke ni ? "
"Ain nak call ibu.."
panggilanku dijawab oleh ibu tersayang
" kakak sabar yea, abah dah xde "
T_____________________________________________________T
Ya Allah.. tak sangka persoalan itu akhirnya terjawab
persoalan yang timbul sejak seminggu sebelum abah pergi.. akhirnya Kau jawab disaat ini..
tak sangka pula dengan jawapan yang kuberi padaMu tatkala Kau bertanya aku.. T_T

" macam mane kalau abah meninggal ? dah sedia ke aku ? redha ke aku ? "
" urm, xpe.. setiap yang bernyawa pasti akan mati juga.. dan aku yakin, Allah tidak akan mengujiku dengan sesuatu yang aku tak mampu, insyaAllah aku boleh hadapinya.. "

Abah,
saat itu, tidak kusangka akan berlaku juga
tidak tertahan hati ini..
namun lantas aku melafazkan innalillah..
dan aku yakin aku redha dengan ketentuanNya..
Aku teruskan dengan membacakan yassin untuk abah sementara menunggu paklong datang menjemputku pulang ke rumah.
kurekodkan tarikh itu di dalam memory..

11.45 malam, Khamis, 10 Jun 2010, 27 jamadilakhir


seharian suntuk aku, ibu dan keluargaku sibuk menguruskan jenazahmu..
akhirnya kau dimandikan juga oleh isteri dan anak-anakmu
kami kucup dahimu buat kali terakhir..
kukucup dahimu dan pipimu buat kedua kalinya kerana terasa begitu sayang padamu
kami sembahyangkan jenazahmu bersama rakan2 seperjuanganmu serta jemaah masjid
kami iringmu ke tanah perkuburan yang terdekat,
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanmu..
jumaat itu, ramai yang hadir dan berdoa untukmu..
abangku turun memasukkan jenazahmu ke lubang kubur itu..
tanah2 lantas menutup pandanganku padamu..
namun abah,
biar tertutup pandangan padamu,
sayangku padamu masih lagi seperti selalu..

aku dan keluarga duduk didepan pusaramu..
mendengar talqin dan berdoa untukmu,
selesai ahli keluarga menyiram air ditanah pusaramu,
aku terkaku disitu,
aku tidak dapat menggerakkan kaki di depan pusaramu
ibu membaca doa dan abang pula mengurut2 kakiku..
akhirnya Allah melepaskan aku,,
aku lantas bangun dan menabur bunga harum di atas pusaramu
kutahan air mata ini dari menitis..
kutahan hati ini dari meraung..
ku hormat pemergianmu..
kuredha akan ketetapan ilahi..

.......................................................................

kini aku bergelar anak yatim..
kini aku merasai perasaan anak2 yatim yang lain
kerana aku salah seorang darinya
ku ingin kau tahu wahai ayahandaku
aku sangat merinduimu..
mimpi-mimpi aku melihat wajahmu, tersemat kuat dalam memori,
aku bersyukur kehadrat ilahi kerana menemukan ak denganmu
biar hanya didalam mimpi,
namun, aku tetap puas ..

semoga abah ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman..
ameen Ya Rabb'Al-Alamin..

~tidak lena tidurku tanpa bermimpikan wajahmu~