Monday, September 29, 2008

Salam Ramadhan 2008 ~ ^-^

Assalamualaikum wbt..

huu.. sudah lame x updated my blog.. so.. di kelapangan ni.. nak type la jugak skit2.. hee ~ :)

Sebelum menjelma ramadhan.. hati ni dah berdebar2.. terbayang2 suasana ramadhan seperti tahun2 yg lepas.. adakah ramadhan kali nie pon akan same macam tahun lepas ? hati sekali lagi berkata2.. harap2 ramadhan tahun ini bakal memberi diri ini keinsafan dan semoga diketemukan dengan malam lailatul qadar seperti yang diharapkan pada tahun2 lepas..

bermulanya ramdhan..
hati benar2 bersorak kegirangan.. alhamdulillah.. dapat jua ku sambut ramadhan tahun ini.. pastikan akan ada kelainan pada ramadhan kali ini.. insyaAllah..

minggu pertama ramadhan..
hatiku terasa tenang.. segalanya berjalan lancar..
walaupun sering kali jatuh sakit.. namun hati ini tetap tabah menempuhi segala ujian tuhan.. Alhamdulillah diri ini tidak mudah mengalah..
jatuh sakit sekalipun.. i mula sedar.. ini semua sudah takdir ketentuan Allah swt.. i terima kesakitan yg dihidapi sepanjang ramadhan ini sebagai satu anugerah Allah.
i terima dengan gembira dan tidak mempertikaikannya dihadapanNya.. kerana i know dat Allah swt maha mengetahui apa yg terbaik buat diri ini..

diri ini terus jatuh sakit sehingga menyebabkan tidak mampu untuk bangun..
namun masih dapat bertahan untuk menyembahNya.. tidak mahu diingat lagi kesakitan yg melanda pada masa itu.. sewaktu sujud menyembahNya.. tiba2 sakit terus menyerang..
Alhamdulilah sja kerana ketabahan hati mampu juga diri ini meneruskan ibadat..
namun begitu.. sejak jatuh sakit.. waktu kehadiran ke sekolah agak x memuaskan kerana selalu sahaja lambat ke sekolah kerana x terdaya utk berdiri melangkah ke sekolah.. tapi masih jua ke sekolah pada jam 9 pagi begitu..
rugi juga jika x ke sekolah.. ilmu yang berguna pasti akan ketinggalan nanti..
waktu disekolah juga merupaan satu cabaran..
terpaksa juga berpura2 sihat walafiat di depan rakan2..
kesakitan yg sering kali menyengat dipendam sendirian..
namun.. akhirnya terbongkar juga rahsiaku..
rakan2 mula mengetahuinya.. huu..xpe la..xde la meraka nak ganggu diri ini lgi..

minggu kedua.. tidak banyak berbezanya dengan minggu yang pertama..
sakit2 pon tetap juga berpegang teguh pada iman dan amal..
ibadat yang dituntut wajib ak kerjakan..
alhamdulillah diri ini tidak mudah terpedaya dengan ujian kesakitan ini..
ramadhan terus disambut dengan penuh keinsafan..

malam 21 ramadhan menjelma..
malam itu hati benar2 terasa kelainannya..
tafsir al-quran yg dibaca pada setiap malam seakan2 memberi petunjuk kpda sesuatu..
sedang hati ini pula sentiasa mengidamkan malam lailatul qadar..
tiada angin tiada kipas..
helaian tafsir al-quran terselak dengan sendirinya ke halaman yg belakang.. juzuk 30.. yang menerangkan malam lailatul qadar.. sedangkan ketika itu.. diri ini baru sahaja berada di juzuk 27..
namun.. tetap ku baca jua surah2 yang ada di juzuk 30 itu..
sejujurnya, badanku tiba2 sahaja menggigil.. mindaku terimbas kembali diriku yg berada di zaman jahiliah dulu.. berderai2 air mata ku mengalir di atas sejadah pada malam itu..
ak sujud menyembahmu Ya Allah.. ak bertaubat padamu pada mlm itu..
selasai sahaja.. ak terus tidak sedarkan diri.. tertidur juga diatas sejadah itu dengan bertelekung..

jam 3.15 pagi..
ak dikejutkan oleh seseorg..
diri ini menyangkakan ibu yg mengejutkan.. lantas bangun.. dan terus berdoa padamu ya Allah..
namun.. keletihan yg menyelubingi diri pada masa itu akhirnya telah membuaiku hingga tidak sedar yang ak tertidur kembali..
jam 4.30 pagi.. ibuku mengejutkanku..
ak berasa hairan..
lalu bertanya pada ibuku.. adakah ibu yang mengejutkan akak pada jam 3.15 pagi tadi..
jawab ibuku pula.. "tidak.. ibu kejutkan kakak baru ni je"..
ouh.. hati sudah mula berdebar2..
siapa pula yg memngejutkan daku seawal jam 3.15 pagi pada hari itu..
ak masih ingt.. ak melihat bayangan berbentuk manusia.. yang berdiri di depan pintu bilikku sambil memberitahuku utk bangun dari tidur pada jam 3.15 pagi itu..
ak masih ingt lagi kerana masa itu ak terus bangun dan berdoa pada yg maha esa.
selepas bersahur.. ak terus memohon hajat kepdaNya..
di sekolah pula.. fikiranku sentiasa memikirkan hal tadi..
htiku sentiasa mengatakan lailatul qadar..

minggu terakhir ramadhan..
terasa sekejap benar ramadhan kali ini..
hari raya semakin mendekati tatkala ramadhan makin menjauhi..
ramadhan kali ini benar2 bermakna bagiku.. tersangat istimewa rasanya ramadhan tahun ini..terasa juga ketenangannya dan kelapangannya apabila berjaya khatam al-quran selesai solat zohor tadi.. alangkah indahnya jika ak dapat merasainya lagi di bulan ramadhan yg akan dtg..
insyaAllah. akan bertemu lagi ramadhan yg dirindui..
kini ak semkin menyedari dan memahami.. ramadhan lah bulan yang memberiku berbagai perasaan yg indah dan ia memberikan ak perasaan rindu dan cinta pada ilahi..
semoga ak dan rakan2 seperjuangan mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini..
syukran kepada Arianne [kembarku] serta warga m92 yang bnyk mendorong dan memberi laluan utk ak terbuka hati mencari jalan yg lurus..
alhamdulillah dapat berkenalan dengan kalian semua..

Sealamat Hari Raya Maaf Zahir batin ~

;)

1 comment:

-AiRiN- said...

salam..

waaa...ain,
segala puji bagi Allah..T__T
kita serupa~
moga Allah sntiasa membimbing kita..
insyaAllah..
-terharu-