Assalamualaikum..
entry kali ini, memang ana tidak merancang untuk meluahkan perasaan.. tetapi dah x terdaya nak berbuat apa2.. maka ana cube untuk melepaskan bebanan fikiran yang menghantui ana..
jika sesiapa sahaja yang mahu bersahabat dengan ana, ana sentiasa menerima dengan syukur dan alhamdulillah..
namun untuk menjamin sejauh mana eratnya persahabatan itu, terpulang kepada sikap individu sama ada individu tersebut memberi impak yang positif atau negatif pada diri ana..
individu yang baik serta berakhlak mulia serta menghormati orang lain pastinya menjadi tarikan bagi ana untuk mengeratkan silaturahim agar ana juga turut menjadi muslimah yang solehah.
namun, bagaimana pula jika individu itu tiba2 berubah ?
bagaimana jika perubahannya terlalu mendadak ? [kpd negatif]
ana sedih dan kecewa. adakah ini satu permainan menguji kesetiaan dalam persahabatan?
atau ini sebenarnya apa yang sedang berlaku pada dirinya ?
jikalau ini hanya permainan..
ana sejujurnya tidak mahu terlibat kerana ana tidak suka mempermainkan ikatan persahabatan.
tetapi, jika inilah kemahuannya, ana cuma ingin ingatkan..
ana kenal sahabat ana dengan benar dan ana tidak mudah percaya kepada perubahan secara mengejut ini. kalau sekadar itu dan itu, sikit2 mungkin ana akan percaya, tapi this is all in just a sudden.. and ana just cant believe it enough. guess u are not good in pretending la..
:P
tapi apa yang ana pasti..
semua orang ada masalah.. dalaman luaran.. fikiran.. dan sometimes perubahan ini mungkin berlaku disebabkan oleh hypertension.. harap2 perubahan yg berlaku pada sahabat ana ini bukan sebab SPM yang bakal dihadapinya..
ana tidak berhasrat untuk bercerita panjang lebar, maka ana nak ingatkan pada sahabat ana..
sekali kita bersahabat,
selamanya ukhuwah kita berkekalan,
selamanya kita akan terus bersahabat..
selamanya tidak akan pernah ana biarkan dirimu ketinggalan
selamanya ana akan sentiasa merisik khabar persahabatan
selamanya ana akan sentiasa membantu dalam pertolongan
memimpin dalam pemimpinan
mengajak dalam kebaikan
melarang dalam kejahatan
meninggalkan apa yang meragukan
memberi dalam keperluan
mendidik dalam pembelajaran
menangis dalam kedukaan
bersyukur dalam kegembiraan
bersama mengharunginya bersama
agar ukhuwah kita kekal selamanya.
jika ini benar2 berlaku, ana yakin Allah Azza Wa Jalla sedang mengatur sesuatu, pasti ada hikmah disebalik kejadian..
Semoga pintu Nur Hidayah masih lagi terbuka untuknya. semoga kembali kejalan yang lurus. ;)
4 comments:
semoga 'dia' dibukakan pintu2 hidayah...
ameen...
ameen..
syukran akhi ;]
berdiam lebih baik dari bersuara. haha. kuatkn smangat. 24/7 ready to hear ur probs ;)
nak diam je ke esha ?
i hve already sent a letter to the person.. >.<
and settled the problem..
alhamdulillah.. ^^
Post a Comment