Sunday, December 13, 2009

Esh..Eshh..Ehh.. Esha!



Assalamualaikum wbt

post kali ni.. ditaip khas untuk sahabat ana, Esha ;D

Nurul Aishah Binti Mohammad
anak jeti, eyh.. jati selangor
orangnya.. tinggi drpd ana.. >.<
wajahnya secantik bunga mawar
peribadinya seteguh permata di lautan
biru tabahnya seteguh batu di arus deras
cintanya ikhlas dari hati kepada Ilahi
kasihnya setia buat mama dan abi





biarpun dirinya sering dibanding
biarpun dirinya sering dicemburu
biarpun dirinya menjadi buruan
biarpun kata mereka menyakitkan
biarpun tingkah mereka memilukan
biarpun sebanyak mana cubaan
biarpun sedalam mana sengatan
biarpun seribu kali ditikam
insan yang ku kenali ini jauh lebih dari apa yg ku sangkakan
kerana hatinya
tabah
cekal
teguh
dan sentiasa
dipayungi lindungan Ilahi
membuatkan terukirnya
sebuah lukisan senyuman
semanis kurma
yang mampu
menjatuhkan mata ke hati
setiap insan yg memerhati
itulah insan yang sudah 5 tahun kukenali ;)




ketahuilah..
dirimu lebih berharga daripada bunga yang paling cantik di dunia ini,
ketahuilah.. dirimu ibarat permata di lautan dalam
terselamat dari gangguan pengancam
kerana kau insan terpilih olehNya
yang sentiasa dilindungi dan diperhatiNya
mungkin engkau mencintai sesuatu yang engkau sangkakan baik
sedangkan ia mungkin menjadi racun buat dirimu
mungkin engkau benci sesuatu yang engkau sangkakan jahat
sedangkan ia memberi seribu kali lebih kebaikan kepadamu
dunia yang sebentar ini
sentiasa memberi pengajaran
cintalah sekadarnya kepada manusia
kerana cinta itu tidak kekal abadi
cintalah seikhlasnya kepada Yang Esa
kerana itulah cinta yang abadi
yang tidak pernah mengecewakan
yang tidak pernah memilukan
yang tidak pernah menyakiti hatimu

duhai sahabat..
ku ingin kau tahu..
apa itu erti cinta hakiki ;)


2 comments:

GLORYecha™ said...

asl ko xletak je terus muka aku kt blog kau ni? hahaha. awwwww. thnks kwn. aku akn igt ape ko ckp. diriku kini lebih sehat! hahaha

Cahaya Mata Abdullah said...

hehe..
muke ko cun sgt, x sesuai ltak kat blog ak..
haha xD
xD
xD

alhamdulillah la dah terubat sikit dirimu itu..
xD