Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan nafas buat diri ini..
selesai berbicara kepada Allah ,
aku bangkit dari tempat sujudku ,
anak mataku melihat sekilas pandang buku yang bertajuk " MELIHAT ALLAH "
aku terus memakai tudung dan menuju ke ruang tamu.. melihat adikku yang masih lagi bersiap untuk ke sekolah,
ibu sedang mengambil surat.. aku tiba tiba terasa lain..
ak senyum dan berkata..
" selamat tinggal "..
aku keluar rumah dan menghirup udara segar.. menyiram pokok bunga yang kelihatan haus ..
beberapa minit kemudian, ibu dan adik keluar..
aku membukakan pintu pagar ..
kami ke sekolah menaiki kereta dipandu ibu..
selesai menurunkan adik di hadapan pagar sekolah..
ibu menyuruh aku memandu kereta..
pagi ini memang rasa mcm tak nak bawa kerata..
dalam perjalanan pulang..
300 meter dari rumah..
aku secara tidak sengaja.. tidak sedar.. tak tahu la kenapa..
terus memandu dengan tenang dan kemudian...
baru aku terlihat sebuah kereta laju dari hadapan, betul betul bertentangan denganku dan semakin dekat..
" KAKAKKKKKK ~!!!!!!!!!!!!!" jerit ibu..
aku terus mengelak ke kiri dan menukar lorong T_T
ALLAH !
tanpa bantuanmu.. mungkin inilah dia nafas terakhirku..
masa ini, Allah, terasa sangat bantuan dari Dia Yang Maha Melindungi..
waktu itu.. lori yang dari kanan sempat brek.. kereta dari depan juga sempat mengelak ke kanan jalan..
kereta dari belakang juga lagi berapa cm je nak langgar >.<"""""""
bila dah green light..
aku meneruskan perjalanan dengan masih tahan cool..
masih cover ketenangan.. alhamdulillah tiba juga dirumah..
==================================================
oleh kerana Allah kurniakan hamba-hambaNYA akal untuk berfikir..
maka aku terpanggil untuk berfikir sesuatu..
perjalanan kehidupan ini umpama jalan yang aku lalui tadi..
ada liku likunya.. ada ujian ujiannya.. ada undang2 yang harus aku ikut..
dalam menuju ke jalan pulang kembali kerumah... kembali kepadaNYA..
permulaannya aku memandu dengan penuh focus,
sama seperti ketika aku dilahirkan.. masih suci dan baik
dan pertengahannya , aku terhilang sedikit fokus , jalan yang lurus kelihatan begitu samar sehingga aku memilih jalan yang bertentangan.. maka aku perlu hadapi musibahnya.. syukur sahaja Allah melindungiku dengan mengizinkan aku mengelak dan menukar laluan..
sama juga seperti ketika aku semakin membesar namun pada ketika itu keindahan, kecerahan agama islam masih belum cukup terserlah untuk menarik pandanganku, maka aku juga memilih jalan yang bertentangan dengan agamaku...
dan atas izin dan kasih sayang dariNYA , Dia membawa aku kembali ke jalan yang lurus dalam mencari kemanisan iman..
tidak kira sejauh mana perjalanan yang terpesong itu telah aku lalui,
kerana Kasih SayangNYA ,
Dia mengembalikan aku kepada jalan yang akhirnya membawa aku pulang dengan selamat.
Alhamdulillah..
Maka, dari sini aku sedar...
walau sejauh mana jalan yang samar samar itu telah aku lalui, banyak mana undang2 yang telah aku langgar , Dia tetap mengambil aku kembali kepadaNya..
KERANA ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG DAN KERANA DIA JUGA SENTIASA MENERIMA TAUBAT HAMBA HAMBA-NYA
ALLAH , AKU JUGA CINTA KEPADA-MU
SYUKURKU HANYA KEPADA-MU YA ALLAH ;)
<3
Wassalam Ain. Paste code ni kat entry ain.
6 comments:
ain, drive elok2! jaga diri, jangan pergi dulu, T______T
Astagfirullahalazim... kadang-kadang lupa yang kita ini ada peraturannya, lupa matlamat hidup kita, lupa untuk mengingatiNYA hingga hampir saja kita terbabas.. Tapi dia tetap tarik kita, tetap sayangkan kita..
tiba2 teringat lagu 'aku ingin mencintaiMU' by edcoustic.
Mashallah ini 1perkongsian menarik Ain, sesuatu yg simple yg sering berlaku dalam hidup kita tp termasuk dalam sesuatu yg sering kita lupa. Jazakillah ain^^
salam..
intan payung..tolong lebih hati2 selepas ini..jika terasa tidak dpt fokus,jujur pada ibu yg Ain tak dapat memandu..bahaya begitu..Ain2..adeh..
subhanallah ain..
terharu :')
semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah dari tipu muslihat dunia ye
♥♥.•*´¨`*•.(`'•.¸*¤* ¸.•'´)´¨`*•.♥♥
Adzwin Jelani
+ hehe.. jangan la mcm tu.. insyaAllah ain lebih berhati2 lepas ni.. kalau awin ada apa2 nasihat, share2 lah ye.. ain sentiasa memerlukannya ;)
♥♥.•*´¨`*•.(`'•.¸*¤* ¸.•'´)´¨`*•.♥♥
Nurul Atiqah Mahmud
+ alhamdulillah.. ;)
insyaAllah kita sama2 upgrade diri kita untuk sentiasa berfikir akan hikmah disebalik setiap kejadian yang diaturkan Allah..
semoga kita semua termasuk didalam golongan orang2 yang bersyukur dan peroleh cinta ALLAH.. ameen.. <3
♥♥.•*´¨`*•.(`'•.¸*¤* ¸.•'´)´¨`*•.♥♥
Adzkia Amanah Ugi Suharto
+ hehe.. insyaAllah akan lebih berhati2.. salah ain juga kan tak jujur dgn ibu.. huhu.. terima kasih nasihatkan ain.. ain selalu rindu nasihat2 dari Adz T___T rindu sgt pada Adz.. terngiang2 suara Adz nasihatkan ain masa di matrik dulu..
♥♥.•*´¨`*•.(`'•.¸*¤* ¸.•'´)´¨`*•.♥♥
Izzatul Farhanim Razali
+ insyaAllah Izz sayang.. ameen Ya Rabb.. semoga kita semua terhindar dari tipu muslihat dunia.. syukran Izzatul ♥♥♥
Post a Comment