Monday, August 18, 2008

LuKiSaN KejuRuteRaaN~ ;))

Lukisan Teknik; juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan, adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.

Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.

Lukisan Lakaran (Mesin Terbang Leonardo da Vinci)


Lukisan Pemasangan 2 Matra


Lukisan Terperinci atau Lukisan Pembuatan


Lukisan Pemasangan Terurai 3 Matra dilukis dengan sistem CADD

Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-

1. Lukisan Mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.
2. Lukisan Kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri kebolehhasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan.

kite harap2 sangat.. kita akan mencapai cita2 kita untuk menjadi arkitek yang berjaya.. Semoga Allah memberkati segala ilmu yang ditimba selama ini.. amin~ ;)

No comments: