Sunday, March 8, 2009
Roadshow Ilmiah UPSI
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ini, ana bertambah semangat untuk menduduki SPM 09..
Syukur kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan hati Mahasiswa sains UPSI untuk bertandang ke sekolah bagi menjalankan program Roadshow Ilmiah..
secara jujurnya, inilah program motivasi yang terbaik bagi ana kerana ana dapat merasakan sokongan yang kuat oleh ramai kakak dan abang Fasilitator.
Mereka berpenat lelah dan bersusah payah menyediakan pelbagai aktiviti dan slideshow serta teks ucapan dan kata2 semangat kepada kami. Segala peluang yang ada insyaAllah akan kami cedok dengan yakin dan hati2 untuk mencapai matlamat kami..
ana teringat, semasa abg fc menanyakan "apa yang menghalang kita mencapai matlamat'..
hati ana meronta2 utk menjawab " penyakit yg ana hidapi!"..
tetapi ana tidak berkesempatan meluahkan kata hati ana..
pada waktu akhir motivasi, abg malek menceritakan kepada kami beberapa buah cerita..
2 buah cerita telah menarik perhatian ana iaitu perempuan berbaju kimono dan katak yg pekak.
seorang ibu berbaju kimono yg berada 100m jauh dari rumahnya yg di tingkat 4, berjaya menyambut anak kecilnya yang terjun dari tingkat atas sewaktu kebakaran..
keyakinan dan matlamat dalaman yang kuat seorang ibu ,akhirnya berjaya menyelamatkan anaknya walaupun dengan berkimono..
secondly, cerita katak..
di termasya memanjat menara dikalangan katak2.. disaksikan katak2 juge,
penyaksi2 yang berfikiran negatif dan sentiasa memberi kata2 negatif telah menyebabkan ramai peserta2 menyerah kalah dan jatuh serta tidak menghabiskan pertandingan itu hingga ke puncak menara..
namun begitu, masih ada seekor katak yg tetap dengan matlamatnya untuk memenangi pertandingan tersebut..
katak itu akhirnya berjaya tiba di puncak menara..
semua katak2 dibawah pelik dan tertanya2 bagaimana katak itu boleh berjaya..
ini kerana, katak itu tidak sempurna kerana kecacatan pendengaran..
oleh kerana kecacatannya itu, dia tidak mendengar langsung kata2 negatif oleh katak2 lain dan terus berusaha dengan satu matlamat yg jelas..lantas tiba di puncak menara.
dari situ, ana terbangun dan sedar..
apa yang sedang ana hidapi ini adalah satu ujian..
ana tidak boleh mengeluh dan berputus asa..
sakit bukan menjadi penghalang utk ana mencapai keputusan yg cemerlang
10A1 for SPM 09..
ana ingin melihat ibu bapa ana menangis kegembiraan dan mengulangi sejarah sewaktu di darjah enam dahulu..
untukmu ibu dan abah, kakak berjanji akan cekal dan istiqomah dalam mencapai matlamat.. insyaAllah dengan restumu , kakak akan berjaya..dunia & akhirat..
Terima Kasih Mahasiswa/siswi Sains UPSI !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
terima kasih kepada semua faci.. semoga apa yang disampaikan berkekalan..
Begitulah orang mukmin, dia bersabar apabila menerima ujian dari ALLAH. Mungkin juga itu satu kaffarah untuk menambahkan pahala.
"Dan mohonlah pertolongan dari ALLAH dengan solat dan sabar" (AL- Baqarah)
INSYAALLAH..doa abg2 n kak2 dri UPSI sntiasa mengiringi adk.kmi ykin dgn kmmpuan adk.adk mmg boleh buat.adk boleh dpt STREET A. xde pkra mshtil dlm dnia ni.Gnakn 90 prts potensi dri adk yg brada dlm dri adk.KLUARKAN..KLUARKAN..KLUARKAN.Adk BOLEH
Alhamdulillah..
syukran Muiz dan abg Malek..
;)
Gud lak 4 your SPM... v(^o^)v...
Doa dan terus berdoa... Ingat sume tu tanda Kasih Allah pd adik ain!!
selamat sehingga ke ahirnya~
Post a Comment