1 June 2011
Seperti biasa, kami ke masjid untuk solat berjemaah dan meluangkan masa disana.
Sewaktu bersarapan di hotel, meja kami disinggahi beberapa jemaah..
Aunty : Ain pergi mana mlm semalam ? tak nak makan dengan kitaorang lagi dah ye.
Aku : err.. hehe. Sahabat ain bawa keluar makan nasi arab la aunty. Nanti ada rezeki kita makan nasi arab sama sama. J
Ustaz : wahh, dah ada kenal orang sini. Baru berapa hari sampai. Dia belajar kat sini ke ?
Ain : dah lama kenal la ustaz. Dia study di Uni Madinah.
Ustaz : ouh, bagus. Kejap lagi kita nak bersiar2. mutawif kita student Uni Madinah juga. Nnti kita akan lalu dekat Unibesiti tu. Nanti kumpul dekat lobby ye..
Selesai bersarapan, kami berkumpul di lobby, kemudian menaiki bas dan memulakan perjalanan.
Destinasi ketiga : Kilang Al-Quran
( women tak dibenarkan masuk. ini gambar saya minta pada abg google juga. adoi. )
Destinasi keempat : masjid Qiblatain
Balik~
Alhamdulillah kami sempat menghabiskan ziarah sebelum masuknya waktu zohor.
Setelah itu, kami bersama sama kembali ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat zohor.
Petang itu, kami berhasrat untuk bershopping. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kami menukar plan dengan menghadirkan diri ke masjid untuk menghargai detik detik yang masih ada. Sementara itu, jemaah jemaah lain ada yang ke Suq Tamar . J
Allah, rindunya masjid nabi, rindunya taman syurgaMu T_T
Selesai solat isya, kami mengambil peluang yang berbaki ini untuk ke raudhah. Sudah memanggil2 raudhah dihati ini.
“ Abah, rindunya pada abah. Terima kasih abah “ menitis air mataku terkenangkan arwah tatkala berdiri di hadapan raudhah. Malam itu terasa seakan cukup bahagia. Sekali lagi Allah mudahkan perjalanan kami. Malam itu tidak ramai orang yg hadir. Tidak sesak seperti seblum ini. Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Rabbi. Beberapa minit sebelum memasuki raudhah, aku sempat berkenalan dengan saudaraku dari indonesia dan Iran. Dalam susah senang kami ke raudhah, kami lalui bersama.
Alhamdulillah, aku dapat menunaikan solat di raudhah dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Selesai memberi salam kepada Muhammad Bin Abdullah serta sahabat sahabat baginda s.a.w. , aku menuju ke pintu keluar. Selagi mana kakiku berpijak di taman syurga, tidak aku lekang berdoa kepada Yang Maha Esa. Aku menunggu ibu dan adik yang terpisah sewaktu memasuki raudhah tadi.
Nak Kerja Di Masjid Nabawi - Al-Kisah ~
” Ya Allah, bestnya dapat kerja dekat sini kan, aku lihat hamba hambaMu ini tidak lekang dari menyebut namaMu, mereka sentiasa bersabar dalam bekerja untukMu. Mereka baik, sangat baik Ya Rabb. Kerja mereka benar2 semata mata untukMu Ya Allah. Bahagianya mereka, aku dapat lihat di raut wajah mereka kebahagiaan itu. Mengutip cawan yang terjatuh sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah. Menyapu habuk habuk dilantai ini juga sudah cukup membuatkan mata mereka berkaca kaca bersyukur diizinkan bekerja dimasjidMu.
Allah, izinkan aku menjadi salah seorang hambaMu yang dapat bekerja dirumahMu selagi adanya nafas ini Ya Allah. ” T_T
Aku : Assalamualaykum sister, can you understand english ?
Sister 1 : waalaykumussalam .. yes.. a little..
Aku : Sister, I want to work here. In raudhah.
Sister 1 : Allah, let me show you raudhah. Come with me ( dengan bersungguh2 kakak ku ini menunjukkan dimana mimbar Nabi, makam Nabi s.a.w dan para sahabat.. dengan bahasa arabnya yang aku hanya mampu meneka sikit sikit apa yang dikatakan itu, aku hanya mengangguk angguk akan penerangannya.. J )
Selesai sahaja bersalam dengan kakakku itu, aku berjalan beberapa langkah dan kemudian menunggu dia ke tempat lain, kemudian aku kembali ke raudhah dan :
Aku : Assalamualaykum sister
Sister 2 : waalaykumussalam
Aku : I am very very sorry to bother you. Can you understand English ?
Sister 2 : its okay. Yes insyaAllah..
Aku : alhamdulillah, its like this. I would like to ask you few things. Hurm, sister, how can I get a job here ?
Sister 2 : a job ? errr..
Aku : yes2. I want to work here. Like you. Work at raudhah.
Sister 2 : ohh! Work! Yes yes. You can my sister. But you have to live here.
Aku : alhamdulillah. But then, how ? should I go to office or something to fill in a form ?
Sister 2 : yes, you can go to the office my sister. But, sister, are you married ?
Aku : ouh. Okay.. where is the office ? no, im still single.. why ?
Sister 2 : you can not work here without mahram. You from malayzii right ? you have to live here first with mahram, then you can apply to work here.
Aku : really ? hurm.. thank you sister
Sister 2 : welcome, my sister. May Allah bless you, insyaAllah He will ease it for you .
Aku : ( sedihnya T_T ) .. amen, insyaAllah.. Assalamualaykum
Sister 2 : waalaykumusalam :)
Setelah itu, ibu dan adik aku datang kepadaku. Kami kembali ke hotel dan mengemas barang2 untuk ke Mekah keesokkan harinya.
Sweet Dream Madinah Al-Munawwarah ~ ;)
No comments:
Post a Comment