Tuesday, July 19, 2011

Semanis Iman Seindah Umrah - 30/5

30 May 2011 ( Madinah )
””   Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).                     ”””
 Adab Adab Ziarah :
·         Sepatutnya bagi pengunjung ketika dia menghala ke Madinah Munawwarah, dia banyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi serta memohon kepada Allah supaya memanfaatkannya dengan ziarahnya itu dan menerima ziarahnya itu kemudian berdoa:
(اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وارزقني في زيارة نبيك (صلى الله عليه وسلم) ما رزقته أولياءك وأهل طاعتك واغفر لي وارحمني يا خير مسؤول).
·         Dia disunatkan mandi sebelum memasuki Madinah Munawwarah dan memakai pakaian yang paling bersih.
·         Apabila sampai di pintu masjid baginda s.a.w, dia hendaklah mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki kirinya ketika melangkah keluar.
·         Dia masuk dengan menuju ke Raudhah (iaitu bahagian di antara mimbar dan maqam Nabi di mana permaidaninya berwarna hijau sedangkan permaidani masjid di bahagian yang lain semuanya berwarna merah). Setelah itu dia mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat Masjid kemudian dia datang ke maqam Nabi dan berdiri menghadap muka baginda s.a.w. sekitar empat hasta dari dinding maqam dalam keadaan beradab kemudian memberi salam tanpa menguatkan suaranya cuma cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri, sebagai tanda peradaban bersama baginda s.a.w.
·         Pengunjung membaca dengan hati yang khusyuk sambil menundukkan muka serta memperlahankan suara dan tidak banyak menggerakkan anggota badan:
(السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله, السلام عليك يا خيرة خلق الله, السلام عليك يا صفوة الله, السلام عليك يا سيد المرسلين وخاتم النبيين, السلام عليك يا قائد الغر المحجلين, السلام عليك وعلى أهل بيتك الطيبين الطاهرين, السلام عليك وعلى أزواجك الطاهرات أمهات المؤمنين, السلام عليك وعلى أصحابك أجمعين, السلام عليك وعلى سائر عباد الله الصالحين, جزاك الله يا رسول الله أفضل ما جزى نبياً ورسولاً عن أمته, وصلى الله عليك كلما ذكرك الذاكرون, وغفل عن ذكرك الغافلون. أشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أنك عبده ورسوله, وأمينه وخيرته من خلقه, وأشهد أنك قد بلغت الرسالة, وأديت الأمانة, ونصحت الأمة, وجاهدت في الله حق حهاده).
·         (Sesiapa yang kesuntukan masa untuk berbuat demikian atau tidak mengingatinya, dia bolehlah membaca sebahagian dari salam ini sahaja).
·         Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w dia hendaklah memberi salam secara menyebut: (السلام عليك يا رسول الله من فلان ابن فلان).
·         Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a dengan berkata:
(السلام عليك يا خليفة رسول الله ، السلام عليك يا صاحب رسول الله في الغار ، السلام عليك يا رفيقه في الأسفار ، السلام عليك يا أمينه على الأسرار ، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً ، اللهم ارض عنه وارض عنا به).
·         Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Umar r.a. dengan berkata:
(السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا من أيد الله به الدين، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً، اللهم ارض عنه وارض عنا به).
·         Setelah itu dia kembali semula ke Raudhah dan banyak mendirikan sembahyang dan berdoa di sana.


jam menghampiri 4 pagi, kami tiba di Madinah.  * bacaan doa  bersama ustaz *
bas berhenti di hotel penginapan kami, " AL-HARAMAIN HOTEL "..
gembira tgk ada nama " AIN " kat belakang tu.. heheh. ;D
selepas mendapat kunci bilik, kami membersihkan diri dan turun menuju ke  Masjid Nabawi.
dari hotel, kami berjalan kaki lebih kurang 200M untuk ke Masjid Nabawi..
secara jujurnya, inilah dia satu perasaan yang tak tahu nak cakap apa.
masa seolah-olah terhenti. jantung tidak berdegup, hati terbeku dan lidah tidak terkata.
ya, buat seketika. Seolah-olah hidup aku terhenti sejurus melnagkahkan kaki  memasuki masjid nabawi.
Allah, tak tahu apa perasaan ini. tak tahu.
terasa tanganku dipegang ibu sambil membawaku menuju ke pintu masuk dalam masjid nabawi
. ini masjid nabawi! bukan masjid KLIA! bisik hatiku seakan tidak percaya..
ALLAH! ALLAH! T_T
lamunan seakan terhenti apabila berdiri di depan pintu masuk gate 29 ( kot ) huhu
kami perlu menanggalkan kasut dan diperiksa beg oleh sister sister yg guard depan pintu tu. sebarang camera, hp mahupun bom tidak dibenarkan masuk.
tapi tapi tapi
jujur la, aku mmg letak hp dalam beg, tapi tak pernah pulak sister tu nak check.. huhu..
kalau dia check pun, dia mcm tak jumpa la hp dlm beg aku.. heheheh >.<"
takpe, tak penting pun. yng penting ni, alhamdulillah lepas part check2 ni.
kami ahem.. agak ditolak2 sikit oleh orang2 yg lebih besar >.<
takpe takpe. yang penting, semua dapat solat jemaah subuh. alhamdulillah.
alhamdulillah, selesai solat subuh, orang ramai mula keluar. aku boleh nampak banyak ruang ruang kosong di hadapan. selepas membaca al-mathurat yg dihadiahkan oleh twin kesayanganku, Arianne. aku tinggalkan sekejap kat tepi dan maju ke depan.. dan date sekejap dgn Allah.. T_T
maybe lama sgt date sampai ibu datang.. memegang bahu kiriku sambil berkata  " sudahlah, jangan nangis lagi.  jom jom, sarapan dulu".. huhu
so,  aku balik semula kat tempat aku solat subuh tadi untuk ambil buku kecil al-mathurat . tengok2. tadadaddada~ mmg dah takde >.< T_T
sorry sangat twin.. aku tak bgitahu lagi tentang kehilangan al-mathurat ni .. sobs..
sejak dari tu.. share jela mathurat dgn ibu ^^

lepas bersarapan di hotel
" kakbie, tanya Muhammad, dhuha masuk pukul berapa ?, harini hari apa eh ?" tanya ibu..
" ouh, ok insyaAllah ”
” ajak la dia datang sini, nak bagi hadiah tu , lambat lambat nanti takut tak terkejar masa ” sambung ibu..
” erm, okey2.. ”
- msg sent -
kami meneruskan aktiviti kembali ke masjid nabawi untuk berjalan2 melihat persekitaran masjid, kemudian ibu , adik dan makcik makcik pergi melabur riyal  kat tepi masjid.xD
 aku bersama cikgu Ross masuk ke dalam masjid untuk ke raudhah.
" Assalamualaykum sister " , aku memberi salam kepada salah seorang penjaga pintu yg berbangsa Arab , berpakaian jubah dan niqab serba hitam, aku hanya mampu melihat matanya sambil tersenyum.
" waalaykumussalam dear sister " , dia menjawab salamku dan aku dapat melihat  seolah2 kilauan kaca di matanya yang memberitahuku dia gembira dgnku dan membalas senyumku disebalik purdah itu.
" erm, how can we enter raudhah ?
" ouh, malayzii ? "  sambil memanggil kawannya yg dari indonesia..
" kenapa ya ?" , datang sister yang berbangsa indon kepada kami sambil bertanya .
" ouh, saya nak masuk raudhah, macam mana ye ? "
" masuk di pintu sana " sambil menunjukkan tangan kirinya ke arah pintu yang dibuka tidak seberapa besar itu..
" syukran syukran "
aku kembali ke cikgu ross dan mengajaknya untuk ke raudhah.
" ouh, boleh masuk ? jap, kita minum air zam zam dulu jom " balas cikgu..
Alhamdulillah, leganya dapat minum air zam zam " cold" .. ;D
kami pun semangat la berjalan dan masuk pintu tadi.. then kelihatan ada pakguard2 kat tepi and ramai sangat orang kat atas karpet merah..
aku melihat ramai orang arab yang lepas masuk ke pintu yang kedua. bila tiba giliran kami, kami diarah untuk duduk dahulu..
" malayzii, malayzii.. dudukk dahuluu. nanti baru masukk. ibu! dudukk ibu, dudukk " jerit sister yang berjaga di pintu kedua.. ^^
aku yang masa tu, mmg tak tahu apa-apa..
" Assalamualaykum sister"
"waalaykumussalam"
" may I know, when is the time we can enter raudhah ? "
" i'm not sure, please wait and be with your group first. soon, we will let you in ."
" okay2. thank you"
Cikgu Ross dan aku berjalan menuju ke karpet merah dan menunaikan solat sunat disana. Setelah itu kami menunggu giliran untuk dijemput masuk ke raudhah.
Walau bagaimanapun, tiada rezeki kami pada pagi itu, kami terpaksa keluar dahulu kerana ada perjumpaan dengan jemaah di hotel.
Selesai perjumpaan,  kami kembali ke Masjid Nabawi untuk solat zohor 1235 p.m J
Jam 1 petang lebih, kami kembali ke hotel untuk makan tengah hari.
Petang itu, kami mula terasa letih, jadinya, ibu, aku dan adik merehatkan diri masing2 di bilik.
Tanpa kami sedar, kami telah terlepas solat asar berjemaah beberapa minit . ALLAH ! T_T
Pilunya hati ini.  Kami tidak sedar Muhammad ada memaklumkan kami tentang masa masuknya waktu asar di Madinah.  Cepat cepat kami menunaikan solat di bilik.
” ada di lobby ” - Muhammad
Petang itu, pemuda yang  diundang ibu, datang ke tempat penginapan kami untuk mengambil hadiah yang telah kami bawa dari Malaysia. ;D
Selepas menyerahkan hadiah kepada sahabatku. Aku fikir semuanya akan berakhir dan aku ingin terus ke masjid. Tapi, lain pula jadinya. Allah, tak plan sungguh jadi macam ini sehingga terasa sangat menyusahkan sahabat. ;(
Dengan senang hatinya ( mungkin ) Muhammad membawa kami  untuk ke shopping mall  seperti yang ibu inginkan.  Aunty Yah dan anaknya Natrah juga turut menyertai kami.
Di satu babak, Al-Kisah~
Aunty Yah : yati, siapa ni ?
Ibu : ouh, anak angkat saya, belajar di U madinah
Aku : .. what... =.=”
Sambung cerita, di Shopping mall, ahemmm.. mmg kopak la duit >.<”.. huhuhu..
Ada la beberapa helai jubah dan barang2 lain yang berjaya di borong.
Harga jubah disana, yang trend sederhana tak over melampau lip lap lip lap tu, boleh didapati dgn harga 40 riyal. J
Masa yang ada semakin mencemburui kami semua. Setengah jam sebelum masuk waktu maghrib, kami kembali ke masjid untuk solat jemaah bersama. Petang itu, kami solat dibahagian luar kerana nampak gayanya ruangan di dalam masjid sudah penuh sesak.
Itulah pertama kalinya merasai solat jemaah maghrib di masjid nabawi. Alhamdulillah.
Selesai me-recite Al-Quran, kami  menunggu Muhammad di depan gate seperti yang telah dipersetujui petang tadi.
Malam itu,  Muhammad membawa ibu untuk membeli  ubat yang aku perlukan >.< di Farmasi.  Dan membeli tasbih tasbih di kedai kedai yang tidak jauh dari masjid dan perkuburan Baqi’.
Alhamdulillah, kami sempat selesaikan urusan shopping sebelum masuknya waktu isya.
Kami juga dibawa Muhammad untuk melihat raudhah dan rumah Nabi Muhammad s.a.w. dari luar.. MasyaAllah ;)
Alhamdulillah, hari ini berlalu begitu pantas ( tapi siang dia mmg lama la, mmg terasa lama la ).
Selesai solat isya, kami semua agak keletihan dan kembali ke hotel untuk makan malam.
Selesai sahaja makan malam, kami dibawa oleh ustazah ke raudhah.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 11 malam lebih, kami diizinkan untuk memasuki raudhah. Alhamdulillah ! Allahu Akbar! J

Di RAUDHAH , Al-Kisah ~
Sister : Assalamualaykum, Alhamdulillah, Allah has call all of you, my sisters to be here. Alhamdulillah, my sisters, please behave and don’t make anything that haraammmm when you enter raudhah. The red carpet is not yet raudhah, raudhah is with the green carpet. I suggest you to perform only a solat sunath. Please be patient , we will let you enter raudhah in a few while.
- baca doa masuk raudhah-
“ Allah, hambaMu ini sudah berdiri disini, lagi beberapa langkah sahaja, hambaMu ini bakal memasuki taman syurgaMu dengan izinMu Ya Allah.  “ , “ Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah, aku tersangat malu untuk menjejakkan kakiku ini ke dalam raudhahMu. Tanpa ampunan, rahmat dan kasih saynagMu, aku tidak memiliki apa apa Ya Allah.”
“ sudah hampir dekat Ya Allah, izinkan hambaMu yang hina ini ke raudhahMu..” T______T
Allah, bergetar2 hati dan badanku pada waktu itu.. sungguh, saat itu bukan mimpi lagi, itulah realiti , itulah rezeki yang terindah dari Rabbku yang kucintai. <3
Lagi selangkah kaki, aku bakal memasuki raudhahNYa. Allahu Akbar!
- membaca doa sambil membawa perlahan kaki kanan menjejak raudhah buat pertama kalinya.-
Semakin laju hati dan jantungku bergetar. ” Allah! Allah! Allah! Aku berada di raudhahMu! Allahu! Akbar!.. Syukur padaMu, terima kasih Ya Rabb! ” jerit hati kecilku terharu dan bersyukur kepada Rabbku diatas nikmat ini.
Kini kedua-dua kakiku berada di raudhah. Aku menanti giliran untuk menunaikan solat dengan penuh rasa sabar dan syukur padaNya.
 ” tak perlu terburu2 sehingga menyakiti jemaah lain, Allah, Rabbku Maha Mengetahui isi hati ini lagi Maha Melihat ”.
Alhamdulillah, aku berjaya menunaikan solat sunat dan bermohon kepada Rabbku.
Selesai memberi salam dan doa buat Rasulullah S.A.W. tercinta , Saiyidina Abu Bakar r.a , dan Saiyidina Umar r.a,  kami diminta untuk keluar dan memberi peluang kepada jemaah lain memasuki raudhah.
Alhamdulillah, kami pulang dengan hati yang cukup tenang, gembira, syukur atas rezeki dari Yang Maha Esa. Alhamdulillah !
Kami tiba di bilik, lebih kurang jam 1230 malam.
Selamat malam Madinah, love you miss you raudhah~ <3
Health issue :  temperature di Madinah semakin meningkat saban hari. Bagi aku, biarpun tak seberapa panas , badan aku yang lemah ini tetap tidak mampu untuk menanggung suhu yang tinggi. Oleh kerana itu, aku menjadi sedikit lemah . bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk, aku perlu melindungi diriku dari sinaran UV. ( oh, aku tak suka pakai lotion sebenarnya ) alhamdulillah malam itu aku berazam untuk memakai purdah bagi menjaga kesihatan. ( nampak mcm takde kaitan purdah dgn kesihatan ni kan ? , tapi kalau dah rase panasnye sendiri, anda sendiri boleh faham.. huhu ) J

No comments: