Tuesday, July 19, 2011

Semanis Iman Seindah Umrah - 29/5

29 May 11
jam 5 pagi, masing2 sudah bangun membersihkan diri dan solat . masa berlari lagi dengan pantas. mak cik mak cik bersama ibu di dapur menyediakan sarapan pagi untuk kami semua.
makanan dan minuman semuanya diletak dalam bekas mknan dan dibungkus. barang2 semuanya dimasukkan ke dalam bonet kereta. selesai pak cik melaungkan azan dan membaca doa, kami memulakan perjalanan.
jam 8.15 pagi, kami bergerak ke Kuala Lumpur International Airport ( KLIA )
perjalanan dari sepang ke KLIA, hanya memakan masa dlm 10 minit.
semasa di dalam perjalanan, baru aku teringat akan kata kata sahabat. dalam masa mengingat kembali pesanan dari sahabat2, aku meminta salah seorang dari mereka agar merahsiakan diskusi semalam. sejujurnya aku risau jika diskusi itu dihebahkan kepada sahabat lain.
"benda penting, jangan sesekali dibawa bermain dan bergurau, padah yang melanda nnti." bisik hati kecilku. 
setibanya kami di KLIA, kami menunggu di depan pintu departure sambil memerhatikan sekeliling. anak mataku terkebil kebil seakan tidak percaya melihat betapa ramainya jemaah umrah yang dijemput Allah pada hari ini. " Allahu Akbar,  ramainya tetamuMu Ya Allah".
Abang sulungku dan pakcik datang ke arah kami selepas pergi meletakkan kereta di parking lot.
kami turun ke bawah dan mencari tempat yang tidak ramai orang untuk bersarapan bersama.
selesai bersarapan, kami kembali ke aras departure dan menghantar beg kepada agensi yang menguruskan barang2 kami.
waktu berlepas jelas pada jam 1.30 petang nanti. masa terluang beberapa jam itu kami isi dengan duduk bersama keluarga dan sanak saudara sambil berbual-bual. aku bermain-main dengan adik saudaraku. jujurnya, aku akui aku tidak pandai bergaul dengan kanak-kanak kerana aku tidak ada adik yang kecil yang boleh dibuat bermanja semasa aku melangkah ke usia remaja-dewasa ini. sedaya upaya aku cuba menjadi kanak-kanak agar dapat bermain bersama mereka. kelakar rasanya. tapi rasa seronok dan tenang melihat senyuman dan tawa manja adik2 saudaraku ini. " kakbie, kakbie , jom main troli ni jom " kata salah seorang dari mereka..  :))




selepas bermain, aku mengeluarkan kek buah dan makan bersama mereka. kek buah ini selalu aku makan masa kecil-kecil dulu. arwah abah yang rajin membelinya. ;)
detik hampir ke pukul 11 pagi. aku dan adikku meminta izin ibu untuk ke ladies untuk mengambil wudhu. " wahh, ramainya orang " bisik suara hatiku. pada masa itu, aku tidak membawa hp bersama, dan kami hanya terus menunggu giliran kami untuk mengambil wudhu.
masa terus berlalu, aku akui, memang agak lama juga untuk sampai ke giliran kami.
setelah selesai mengambil wudhu, kami kembali ke tempat keluarga kami duduk tadi, tapi terkejut dibuatnya apabila tidak ada seorangpun keluarga kami disitu. kami kembali ke kawasan berdekatan ladies, mana tahu kalau kalau mereka menunggu di sana. tetapi harapan itu hampa kerana mereka jelas nyata tiada disana. adikku sudah mula risau.
" diorang kat tempat hantar beg tadi kot " kata adikku. kami lantas cepat cepat ke tempat kami menghantar beg. terjengah jengah kami mencari keluarga kami di dalam kesibukkan orang ramai.
" kakbie!, kakbie! " aku terdengar satu suara memanggil namaku, jelas kelihatan adik bongsuku melambai tangan ke arah kami.
" pergi mana tadi lama sangat ? ibu ingtkan dah sesat tadi ! , abang dah pergi report polis, pakcik pergi cari kakbie dan dekleen. kenapa la tak bawa hp sekali " tegas ibu dalam nada penuh risau kepada kami sejurus kami bertemu ibu.
" Allah, sorry sorry, tadi kat ladies room ramai sangat orang, tu yang lama. " balas aku dengan penuh rasa bersalah. nak menangis tiada gunanya. aku segera menelefon abang dan pakcik.
alhamdulilllah, keadaan kembali terkawal. kami sempat mengambil gambar bersama keluarga sebelum check-in .sementara itu, ustaz Nazri berbual dengan pegawai yang bertugas sambil menunggu kami..

selesai bermaafan dan bersalaman dengan keluarga dan saudara mara, kami dibawa Ustaz nazri untuk menaiki aerotrain untuk ke perlepasan luar negara.
terpinga-pinga juga aku sewaktu melepasi zon check point kastam. tidak ada pegawai pun, yang ada, mesin2 yang dapat mengenal pasti kesahihan visa..
aku hanya perlu berada di dalam kurungan kecil dan memasukkan visa ke poket mesin, kemudian meletakkan cap ibu jari kanan di atas sensor dan , tadadadada~ wajah dan visa aku terpapar di screen. ;D aku lepas ke next point. ^^
Pada masa itulah aku first time merasa pengalaman baru untuk menaiki plane ke luar negara. Pakistan Airlines plane jelas kelihatan di depan mata kami semasa menaiki aerotrain.
pada jam 12.30 tengahhari, kami mendaftarkan diri di bilik perlepasan.
geli hatiku bila lotion badan kami dirampas kastam kerana melebihi 100ml. ;))
tak apa lah, nnti beli sahaja di Madinah, insyaAllah.
pada jam 1:15 tengah hari , kami diberi masuk ke dalam plane. ibu, leen dan aku duduk sebaris di bahagian sisi. alhamdulillah dapat bersama dan duduk di bahagian hadapan.
penerbangan transit ini mengambil masa selama 6 jam untuk tiba di Karachi, Bandar utama di Pakistan.
Alhamdulillah layanan semasa dalam penerbangan memuaskan hati. aku tidak dapat melelapkan mata pada jam yang pertama dan kedua penerbangan.  "Allah, bosannya lama lama dalam plane ni " rajuk hatiku . aku mengeluarkan surat cinta Allah dan membacanya untuk menyejukkan hati yang sudah kebosanan dari tadi. dalam masa itu, aku akui pak cik di sebelah kanan hadapanku melihat lihat aku membaca surat cinta itu. tidak lama kemudian aku melihat dia juga turut membaca surat cinta dari Allah ini. " Alhamdulillah, jom baca sama-sama ye pakcik ", bisik hati kecilku gembira.
masa terus berlalu, Allah, rasa macam tak berlalu je masa ni sebenarnya. huhu
lama sangat, rasa mcm nak buka tingkap pun ada ;P  ( masa ni tak tahu apa function tv kecil yg ada kat depan mata ni.. haha )
"Allah, sabar sahajalah duhai hamba Allah. bersyukurlah Allah menjemputmu ke rumahNya."
dalam berzikir pada ilahi, akhirnya aku tertidur juga .
tapi tak lena pun, more to a nap la. alhamdulillah lah ;)
jam 4 petang waktu Pakistan, kami mendarat di tanah karachi.
" Miss, take this please and tie it to your begs" kata pegawai karachi sejurus aku masuk ke kawasan airport. masa tu aku dah terpisah dengan ibu. ke hulu ke hilir aku mencari ibu dan adik sambil menggalas beg tangan di bahu dan menyorong sebuah beg roda.  tahan dulu air mata. terasa orang ramai melihatku, jadinya aku buat buat muka cool.. >.<""
" Miss! , miss ! .. let me do it for you " panggil pegawai tadi. maybe betul la jelas tertulis di raut wajah aku yang aku tengah lost and mencari ibu dan adik aku sampai tak hiraukan arahan pegawai td yang suruh aku ikat tag PIA kat beg aku .  hehehe >.<""
" im very sorry, thank you sir. " balasku sambil melihat dia membantuku mengikat tag PIA.
jalan sahajalah ke depan, insyaAllah jumpa la nnti.. sambil berdoa dalam hati, aku teruskan perjalanan di dalam airport mencari ibu dan adik. alhamdulillah berjumpa pun kami sewaktu berbaris untuk check point kastam.
selain discan beg beg kami. kami diminta masuk ke ruangan bertutup untuk diperiksa badan bebas dari barang2 yang diharamkan kemasukannya ke negara itu.
selepas mendapat cop pengesahan. kami diberi waktu rehat selama 30 minit. kemudian bersedia masuk ke bahagian departure untuk penerbangan ke Airport Jeddah, Saudi Arabia.
dari Karachi ke Jeddah, mengambil masa selama 4 jam.
" Allah, tolong la tidurkan aku masa dlm plane ni nanti" bisik hati kecilku. mmg betul2 teruji dengan kesabaran waktu penerbangan ini. >.<
diringkaskan cerita..
Alhamdulillah sampai di Airport Jeddah jam 7 malam waktu Arab.
pengurusan untuk pelepasan kastam mengambil masa yang sangat lama. >.<
Alhamdulillah , selesai diperiksa Visa, kami menunaikan solat maghrib dan isya di airport.
Ibu membeli simcard arab dengan harga rm60 untuk kredit 70 riyal.
ibu menyuruhku untuk menggunakan simcard tadi di hp sony aku.
selepas diaktifkan simcard, ibu menyuruhku untuk contact seorang kenalan yang sedang belajar di bumi Madinah..
selepas membuat satu miscall, aku dengan konfident yang betul2 konfident menghantar mesej kepada dia.

tak lama lepas tu...
 " Allah, nak buat apa dia call ni, tak tahu nak ckp apa >.<" , ibu, nak angkat ke ?"..
" jawab jela "...
" bgtaw dia kita da sampai jeddah dah ni.. kejap lagi nak ke madinah naik bas" kata ibu .
pada pukul 9 mlm lebih, kami bertolak ke Madinah menaiki bas.
alhamdulillah dapat bas baru, cantik, suci lagi. berbalut plastic lagi. bau kilang lagi >.<
huhu..  oleh kerana jemaah kami dalam 25 orang. so, ada banyak seat lebih. aku dan ibu duduk di tengah2 dan akhirnya tertidur juga dalam bas.. baru la dapat tidur lena.. huhu.

No comments: