Tuesday, April 29, 2008

Muslimah~

Ciri khas seorang wanita solehah adalah kemampuannya menjaga pandangannya. Ciri lainnya, dia sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Solekannya hanya sekadar basuhan air wuduk. Gincunya adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah walau di mana berada. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan al-Quran. Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku taqwa, pasti akan terpancar cahaya keimanan dari dalam dirinya.
Beberapa perkara perlu ada pada seorang wanita solehah:

1 IMAN..wanita solehah amat menjaga imannya. Iman merupakan kekayaan milik mereka yang paling mahal.Justeru wanita solehah akan sentiasa berhati-hati dan menjaga percakapannya. Wanita solehah menjaga tutur kata keranan tutur kata merpakan untaian intan yang penuh bermakna dan bermutu tinggi. Dia sentiasa sedar bahawa kemuliaannya bersumberkan kemampuannya menjaga diri.

2 MURAH DENGAN SENYUMAN…wanita solehah murah dengan senyuman kerana senyuman itu sendiri adalah sedekah.Namun, senyum yang disedekahkan bersesuaian dengan tujuan. Bukan senyum pada semua lelaki yang ditemuinya. Apa yang pasti, senyumannya adalah senyum ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain.

3 BIJAK DALAM PERGAULAN… wanita solehah juga harus pintar dalam pergaulan walau dengan sesiapapun. Dengan pergaulannya itu ilmunya akan bertambah, sebab dia akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang dia temui. Kedekatannya kepada Allah semakin baik sehingga hal itu membuahkan kebaikan pada dirinya mahupun oranglain.

4 MENJAGA AKHLAKNYA… wanita solehah akan sentiasa menjaga akhlaknya. Salah satu ciri kekuatan imannya adalah kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak-tanduknya akan selalu terkawal. Demikian, dia juga tidak akan berbuat sesuatu yang menyimpang dari tuntutan Al Quran dan As Sunnah. Dan tentu sahaja godaan syaitan terhadap dirinya begitu kuat. Jika dia tidak mampu melawan godaan tersebut, maka kualiti imannya boleh berkurangan. Hakikatnya, semakin kurang iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya.Semakin kurang malunya, semakin buruk kualiti akhlaknya.

5 TAAT KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL… wanita yang solehah itu adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Ciri-ciri kemuliaannya bukan diukur dari beraneka atau mahalnya perhiasan yang digunakan.Disebabkan itu, wanita solehah akan selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain.

6 TIDAK KECEWA DAN SAKIT HATI… biarpun pada ketika fizikalnya terbatas, seorang wanita solehah tidak pernah merasa kecewa dan sakit hati. Malah dia semakin yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian dari sikap kufur nikmat. Wanita solehah sentiasa bersyukur walau dalam keadaan dirinya yang terbatas. Peribadinya begitu indah sehingga cahaya kemuliaannya terpancar dari raut wajahnya. Bahkan, kalaupun dia tidak mengenakan mekap nipis, kecantikan jiwanya tetap juga terpancar dan menyejukkan hati setiap orang berhampirannya. Ini kerana dia sentiasa yakin bahawa akan kurniaan Allah pada setiap hamba-Nya. Semakin dia menjaga kehormatan diri dan keluarganya, semakin Allah mengurniakan yang terbaik baginya di dunia dan akhirat.

7 MENUNTUT ILMU… wanita solehah banyak belajar dari lingkungan sekitar dan orang-orang yand ditemuinya.Wanita solehah cenderung membuka hati mereka dalam menerima ilmu.

8 KETURUNAN… kemunculan seorang wanita solehah mungkin disebabkan keturunan. Sukar untuk membayangkan,seorang wanita solehah yang wujud tanpa melalui proses pembesaran dan tumbesaran penuh keimanan sebagaimana didikan yang diterimanya dari keluarga sejak sekian lama. Factor keturunan nyata memainkan peranan. Begitu juga dengan pola pendidikan, lingkungan, keteladanan dan lain-lain.

4 comments:

si rakan pena . V2 said...

kn best klo dpt bini mcm nie.
miahaha ;D

nur ain said...

haha..
doa la banyak2..
moga2 Allah s.w.t akan makbulkan doamu..
:)

ibn daud said...

cakap psl bini ni..
wanita solehah perlulah taat kpd suaminya :D

[tulis sendiri ke artikel ni?]

nur ain said...

yea2..
benar kata afwan..

[article ni dipetik drpd seorang kawan]