Wednesday, August 3, 2011

Because there is still chances

Assalamualaykum wbt

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan nafas buat diri ini..

selesai berbicara kepada Allah ,
aku bangkit dari tempat sujudku ,
anak mataku melihat sekilas pandang buku yang bertajuk " MELIHAT ALLAH "
aku terus memakai tudung dan menuju ke ruang tamu.. melihat adikku yang masih lagi bersiap untuk ke sekolah,
ibu sedang mengambil surat.. aku tiba tiba terasa lain..
ak senyum dan berkata..
" selamat tinggal "..
 aku keluar rumah dan menghirup udara segar.. menyiram pokok bunga yang kelihatan haus ..
beberapa minit kemudian, ibu dan adik keluar..
aku membukakan pintu pagar ..
kami ke sekolah menaiki kereta dipandu ibu..
selesai menurunkan adik di hadapan pagar sekolah..
ibu menyuruh aku memandu kereta..
pagi ini memang rasa mcm tak nak bawa kerata..

dalam perjalanan pulang..
300 meter dari rumah..
aku secara tidak sengaja.. tidak sedar.. tak tahu la kenapa..
terus memandu dengan tenang dan kemudian...
baru aku terlihat sebuah kereta laju dari hadapan, betul betul bertentangan denganku dan semakin dekat..
" KAKAKKKKKK ~!!!!!!!!!!!!!"   jerit ibu..
aku terus mengelak ke kiri dan menukar lorong T_T
ALLAH !


tanpa bantuanmu.. mungkin inilah dia nafas terakhirku..
masa ini, Allah, terasa sangat bantuan dari Dia Yang Maha Melindungi..
waktu itu.. lori yang dari kanan sempat brek.. kereta dari depan juga sempat mengelak ke kanan jalan..
kereta dari belakang juga lagi berapa cm je nak langgar >.<"""""""
bila dah green light..
aku meneruskan perjalanan dengan masih tahan cool..
masih cover ketenangan.. alhamdulillah tiba juga dirumah..

==================================================

oleh kerana Allah kurniakan hamba-hambaNYA akal untuk berfikir..

maka aku terpanggil untuk berfikir sesuatu..

perjalanan kehidupan ini umpama jalan yang aku lalui tadi..
ada liku likunya.. ada ujian ujiannya.. ada undang2 yang harus aku ikut..
dalam menuju ke jalan pulang kembali kerumah... kembali kepadaNYA..

permulaannya aku memandu dengan penuh focus,
sama seperti ketika aku dilahirkan.. masih suci dan baik

dan pertengahannya , aku terhilang sedikit fokus , jalan yang lurus kelihatan begitu samar sehingga aku memilih jalan yang bertentangan.. maka aku perlu hadapi musibahnya.. syukur sahaja Allah melindungiku dengan mengizinkan aku mengelak dan menukar laluan..

sama juga seperti ketika aku semakin membesar namun pada ketika itu keindahan, kecerahan agama islam masih belum cukup terserlah untuk menarik pandanganku, maka aku juga memilih jalan yang bertentangan dengan agamaku...
dan atas izin dan kasih sayang dariNYA , Dia membawa aku kembali ke jalan yang lurus dalam mencari kemanisan iman..

tidak kira sejauh mana perjalanan yang terpesong itu telah aku lalui,
kerana Kasih SayangNYA ,
Dia mengembalikan aku kepada jalan yang akhirnya membawa aku pulang dengan selamat.
Alhamdulillah..
Maka, dari sini aku sedar...
walau sejauh mana jalan yang samar samar itu telah aku lalui, banyak mana undang2 yang telah aku langgar , Dia tetap mengambil aku kembali kepadaNya..

KERANA ALLAH MAHA PENGASIH  LAGI MAHA PENYAYANG DAN KERANA DIA JUGA SENTIASA MENERIMA TAUBAT HAMBA HAMBA-NYA

ALLAH , AKU JUGA CINTA KEPADA-MU

SYUKURKU HANYA KEPADA-MU YA ALLAH ;)
<3


Wassalam Ain. Paste code ni kat entry ain.



Saturday, July 30, 2011

Ala Ala Cinderella

Assalamualaykum wbt ^_^

insyaAllah, post kali ni, sememangnya tidak berunsur serius sangat.. huhu..
 ( memang x pernah serius sangat pun )


* saya punya yang kaler pink with putih *
* rupa dia mcm ni juga la *


Al- Kisah Pada 20 April 2011

Pagi yang indah, dimana kami bergelar pelajar lepasan Matrikulasi Melaka , bersedih dan gembira kerana telah berjaya menamatkan pelajaran kami dengan sepantas mungkin.
hari ini hari penutupan hidup sebagai pelajar KMM.. dan bermulalah cerita baru~

Dibawah ini gambar kenangan terakhir saya bersama kasut yang disayangi..


Jam 6 petang , ( nak guna kata diri yg mana eh ? aku @ saya @ ana ? err, xpela, same je sume~ )
aku tiba dirumah baru bersama ibu
selesai solat isya, kami menerima sebuah panggilan dari kampung oleh pak Borhan.
= Datuk kesayanganku kini telah kembali ke rahmatullah =
* Al- fatihah *

kami sekeluarga segera bergegas pulang ke kampung, 
kebetulan sepupu ibu baru habis kursus di PD, dia terus menumpang kami dan meminta kami untuk menghantarnya pulang ke rumahnya di merlimau, melaka sebelum kami pulang ke kampung di Muar.
Oleh kerana itu, kami singgah berehat sebentar di rumah sepupu ibu.. kami dihidangkan dengan bihun sup panas dan air kopi kampung, alhamdulillah segar bugar rasanya..
justeru itu, kami meminta izin untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung.
+ ketika di depan pintu rumahnya +

aku : ibu, nampak tak kasut kakbie ? kakbie letak sini tadi..
Saro : eh, kasut Saro pun takdelah
Ebie : haha, jap jap, ebie carikan..
sepupu ibu : alamak, dia masuk jugak, dah kunci pagar dah tadi. ni mesti anjing sebelah ni bawak lari
ebie : saro, tu haa kasutnye, kat lubang tu..
aku : haaa.. kasut kakbie ? kasut kakbie mane ?
ibu : kasut kakbie tak jumpa lagi la
fathu : tu anjing tu..
sepupu ibu : jap, pakcik kejar dia. dia bawak lari kasut tu !
* pak cik dan abg pun pi la kejar anjing tu.. dan beberapa minit kemudian ~ *
sepupu ibu : hahaha.. dia dah lari lah ain, ni dapat sebelah je, kamu ambil jela kasut anak pakcik..
fathu : dahla, cepat laa.. lambat dah ni
aku : hwaa~ xpela xpela xpela~ nanti kakbie beli kasut lain la.. jom la balik kampung..

maka itu, aku pulang ke kampung dengan berkaki ayam
sampai kampung, aku pinjam kasut terompah je. huhuhuhu.. kasut tu la aku guna buat berpijak di tanah perkuburan pagi esoknya..


==============================================
oleh kerana terlalu rindu kasut yang dah hilang sebelah tu.. aku pun beli kasut baru yang serupa
baru beli je ni, awal July haritu ~
==============================================

Majlis Khatam Al-Quran di rumah Aunty Aishah
29 July 2011
after maghrib

aku : irfa, balik dulu eh , ( bersalam )
irfa : okeyy..
lepas salam salam dengan semua orang..
aku dengan bersemangat nya keluar la rumah aunty tu 
dan pergi mendapatkn kasut aku yang cun melecun tu

aku : hurrmmm.. mana eh kasut lagi sebelah ni..
* mata tengah scan setiap inci ruang yang ada depan mata *
aku : ibu, ada nampak tak kasut kakbie lagi sebelah ?
ibu : jap, ibu tengok..
Aunty Yah : Ain cari apa Ain ?
aku : kasut sebelah saya ni aunty, tak jumpa laa..
Aunty Yah : hurmm.. * mencari juga * , Shah~! Shah~! kasut ain lagi sebelah hilang ni~!
Aunty Shah : kasut Ain hilang ? Adam ambil kot, dia suka la buat main ni.. hish budak ni

tasha, kakak kepada Adam pun segera mencari adam untuk mendapatkan kasut aku
dan pulang dengan tangan kosong juga..
gempar lah diantara kerabat2 yang hadir ke majlis tadi dengan kasut aku yang hilang tu
=.="

Aku : ibu, dahla, balik jela.. takyah cari lagi.. dah nasib mcm ni.. dulu pun hilang kasut sebelah jugak.

okeylaa.. kami pun menaiki kereta..

Aunty D : Ain! Ain ! bagi aunty kasut kamu lagi sebelah tu, nnti kalau jumpa lagi seblah, aunty bagi kamu semula
Aunty Shah : Ain, kamu ambil dulu kasut anak aunty ni.. kesian kamu
Aku : * memberi kasut * , xpe la Aunty.. biasa la ni.. x kesah pun.. 
Aunty J : Amboii, ainn ainn.. macam cinderella pulak, kasut seblah hilang~
sapelah tuan putera yang ambil lagi seblah kasut tu kan.. aiii ~~
aku : err.. haha.. ke situ pula.. takdelah.. ( muka dah malu sangat ni >.<" )
Aunty J : ellehh... banyak banyak kasut, kasut ain jugak dia nak ambil kan.. hahaha
dah jumpa tuan putera nnti jgn lupa invitation card~
Aku : ada ada jerla aunty ni.. heheh.. okay, kami balik dulu,. Assalamualaikum ~!
Aunty3 : okay.. waalaykumussalam..

===================================================

begitulah kisah ceritatera asam garam pahit manis masam masin kehidupan ni..
huhu..
saya dah sedih sikit sebab duit simpanan dah habis buat bayar yuran pendaftaran uni ;(
hopefully tuan putera tu pulangkan balik la kasut saya yang x seberapa tu..
memang la beli rm25 je.. tapi duit jugak tu.. ;(
nak beli lain, macam kne keluar duit lagi kan..
T_T
pulangkan balik laaa~
Mudah2an Allah mudahkan awak pulangkan balik kasut saya..
insyaAllah.. ameen.

baiklah, till here.. nite.. salam :)

N.O.K.T.A.H

Tuesday, July 26, 2011

Kerana Aku Milik Allah

Assalamualaykum wbt


tekan keyboard
petik api dapur
tarik kerusi
letak periuk
ambil air
buka icebox
ambil sudu
makan aiskrem
masak megi

kita pastinya memerlukan sebahagian anggota untuk melakukan kerja kerja di atas
kita pastinya merasakan semua itu senang dan boleh dibuat oleh semua
kita pastinya yakin tidak mustahil untuk melakukannya
kita pasti juga  terlupa disebalik itu
adalah kudratNya 

mungkinkah 
bila tiba masanya
Dia ingin menguji dan mengingatkan kita
Dia tarik kembali segala kudrat yang ada dulunya
hingga tinggallah kita lemah longlai tersadai bagai tak bernyawa
dan saat itu kita pun berkata " Allah, sembuhkan aku, sembuhkan aku " 


itu sahajakah yang mampu difikirkan ?
oleh akal yang geliga telah dikurniakan Tuhan ?
kepada manusia yang tiada calangnya dimata dunia..

sebelum itu
kau mampu untuk melakukan semua
sebelum itu
kau mampu membuktikannya
sebelum itu
kau yang paling gagah diantara semua
tetapi kini
apa yang ada ditarik kembali
tetapi kini
apa yang engkau rasa lantas hilang dari hati
tetapi kini
sepatutnya engkau menunduk diri
lebih menghargai dan bersyukur pada kurniaan Ilahi
sekiranya engkau bersyukur, lepaslah engkau dari ujian ini

Selamat Maju Jaya Menghadapi Segala Ujian Dari Allah 
Tidak Kira 
 الزمان والمكان




Monday, July 25, 2011

Takda hati

Assalamualaykum wbt

mungkin hati ini masih lagi muda, masih belum kenal yang mana benar yang mana salah
masih belum kenal siapa lawan siapa kawan
atau mungkin juga hati ini sentiasa ingin berkawan dengan semua
sehingga yang lawan juga disayangi lebih dari kawan biasa.

Allah, sungguh memang aku yang pinta untuk melupakan segalanya.
mungkin apa yang aku inginkan itu, belum lagi Engkau mahu tunaikan.
Di baitullahMu, namanya terlintas difikiran.
Jika diikutkan fahaman aku tentang konsep separa minda..
biasanya apabila nama dia yang terlintas difikiran kita, pastinya terlintas nama kita difikirannya. atau dia baru menyebut tentang kita.. namun begitu, sejauh mana kebenarannya, hanya Allah sahaja yang tahu..
biasa juga kita dengar dialog yg sebegini..

" Assalamualaykum Nisa, apa kahabar ? rindunya dekat enti.. "
" waalaykumussalam Humaira, alhamdulillah. ana juga rindu.. baru je teringat nak call enti, tapi enti dah call dulu. mcm tahu tahu saje kan.. "

Masya Allah, hebat kan kuasa Allah ?
hati kita sentiasa tertaut, wireless lagi..
lebih hebat dari Fb mahupun google +..
FB memerlukan tuan badan sendiri meng-update status untuk memaklumkan sesuatu perkara
tapi hati kita ini, telah Allah cipta khas, unik, indah..istimewa..
bila berjauhan ada rasa rindu, bila bertemu ada rasa kasih
jauh mana pun kita dari hati sahabat
Allah sentiasa lintaskan nama mereka difikiran kita
hingga terbit rasa ingin tahu
'' Allah, bagaimana keadaan sahabatku ? sihatkah dia ? "
kadang kadang bila sahabat kita sakit,
seolah olah kita juga dapat rasa sebelum kita bertanya khabarnya.. kan ?

buat kamu
Demi Allah, aku semakin lupa apa yang telah berlaku
mungkin kerana hentakan kuat dikepalaku waktu itu telah membuatkan aku semakin lupa akan segalanya.
tapi entah mengapa.. kamu rajin hadir memberikan nasihat kepadaku dlm mimpi
mengingatkan aku tentang dunia dan akhiratku.
bersama ibumu, kulihat dia tersenyum kepadaku.
sebenarnya, siapa kamu ?
aku hanya mampu tahu tanpa aku ingat sepenuhnya.
aku teringin untuk merisik khabarmu
tapi apakan daya, aku langsung tidak ingat.
number hp juga tidak aku temui.
mungkin kamu hanya dlm imaginasi.. ( saya x nyanyok lagi tau >.<" )
tapi kata sahabat rapatku, lebih baik untuk melupakan segalanya. aku tidak perlu cuba mencari lagi.
tapi hati siapa sahaja yang boleh berbohong wahai sahabat ?

hanya satu aku pinta pada Rabb ku..
sesungguhnya Allah yang Maha melindungi, maka lindungilah sahabatku yang tidak dikenali ini
Aku halalkan segalanya, aku maafkan segalanya.. begitu juga harapanku padamu sahabat.

-Maaf, aku Hanya Mampu Tahu -

" Cukuplah Allah bagiku " <3

Friday, July 22, 2011

si la perte de mémoire?

Assalamualaykum wbt


this post is somehow a question that .. erm.. wallahu'alam

Allah, siapa dia ? ini mimpi atau realiti ?
T__T
=================================================

Kecederaan Kepala 
Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:
• Hentakan yang kuat secara langsung
• Hentakan yang kuat secara tidak langsung
Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang
teruk mengakibatkan
• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
• Bengkak pada tisu otak
• Kerosakan otak yang teruk.
Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.


Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadap
kecederaan kepala.
Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah • Pengguna jalanraya
• Pekerja-pekerja binaan
• Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.


Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?
Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:
Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu  
• Bengkak atau luka pada kulit kepala
Sakit dan pening kepala  
• Kabur pandangan
Muntah  
Hilang ingatan
• Sawan
Tahap kesedaran berkurangan/pengsan



Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?
Jika pesakit mengalami salah satu daripada  tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala
yang serius mungkin berlaku:
Tahap kesedaran yang berkurangan
Mengantuk yang teramat sangat
• Muntah yang berpanjangan
Sakit kepala yang teruk
• Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
• Tidak dapat bercakap dengan betul
• Penglihatan semakin kabur

=========================================

nak cakap apa lagi ye ?
takde dah kot..
tapii..

T_T.. kenapa saya lupa..

Wednesday, July 20, 2011

Semanis Iman Seindah Umrah 1/6

1 June 2011

Seperti biasa,  kami ke masjid untuk solat berjemaah dan meluangkan masa disana.
Sewaktu bersarapan di hotel, meja kami disinggahi beberapa jemaah..
Aunty : Ain pergi mana mlm semalam ? tak nak makan dengan kitaorang lagi dah ye.
Aku : err.. hehe. Sahabat ain bawa keluar makan nasi arab la aunty. Nanti ada rezeki kita makan nasi arab sama sama. J
Ustaz :  wahh, dah ada kenal orang sini. Baru berapa hari sampai. Dia belajar kat sini ke ?
Ain : dah lama kenal la ustaz. Dia study di Uni Madinah.
Ustaz : ouh, bagus. Kejap lagi kita nak bersiar2. mutawif kita student Uni Madinah juga. Nnti kita akan lalu dekat Unibesiti tu. Nanti kumpul dekat lobby ye..
Selesai bersarapan, kami berkumpul di lobby, kemudian menaiki bas dan memulakan perjalanan. 
Destinasi pertama : Masjid Quba

Destinasi kedua : bukit Uhud
( ni mmg gambar saya ambil tau ;D )
Destinasi ketiga : Kilang Al-Quran
 ( women tak dibenarkan masuk. ini gambar saya minta pada abg google juga. adoi. )
Destinasi keempat : masjid Qiblatain
Destinasi kelima : Ladang Qurma

Balik~
Alhamdulillah kami sempat menghabiskan ziarah sebelum masuknya waktu zohor.
Setelah itu, kami bersama sama kembali ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat zohor.
Petang itu, kami berhasrat untuk bershopping. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kami menukar plan dengan menghadirkan diri ke masjid untuk menghargai detik detik yang masih ada. Sementara itu, jemaah jemaah lain ada yang ke Suq Tamar . J
Allah, rindunya masjid nabi, rindunya taman syurgaMu T_T
Selesai solat isya, kami mengambil peluang yang berbaki ini untuk ke raudhah. Sudah memanggil2 raudhah dihati ini.
“ Abah, rindunya pada abah. Terima kasih abah “ menitis air mataku terkenangkan arwah tatkala berdiri di hadapan raudhah. Malam itu terasa seakan cukup bahagia. Sekali lagi Allah mudahkan perjalanan kami. Malam itu tidak ramai orang yg hadir. Tidak sesak seperti seblum ini. Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Rabbi. Beberapa minit sebelum memasuki raudhah, aku sempat berkenalan dengan saudaraku dari indonesia dan Iran. Dalam susah senang kami ke raudhah, kami lalui bersama.
Alhamdulillah, aku dapat menunaikan solat di raudhah dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Selesai memberi salam kepada Muhammad Bin Abdullah serta sahabat sahabat baginda s.a.w. , aku menuju ke pintu keluar. Selagi mana kakiku berpijak di taman syurga, tidak aku lekang berdoa kepada Yang Maha Esa.  Aku menunggu ibu dan adik yang terpisah sewaktu memasuki raudhah tadi.
Nak Kerja Di Masjid Nabawi - Al-Kisah ~
” Ya Allah, bestnya dapat kerja dekat sini kan, aku lihat hamba hambaMu ini tidak lekang dari menyebut namaMu, mereka sentiasa bersabar dalam bekerja untukMu. Mereka baik, sangat baik Ya Rabb. Kerja mereka benar2 semata mata untukMu Ya Allah. Bahagianya mereka, aku dapat lihat di raut wajah mereka kebahagiaan itu. Mengutip cawan yang terjatuh sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah. Menyapu habuk habuk dilantai ini juga sudah cukup membuatkan mata mereka berkaca kaca bersyukur diizinkan bekerja dimasjidMu.
Allah, izinkan aku menjadi salah seorang hambaMu yang dapat bekerja dirumahMu selagi adanya nafas ini Ya Allah. ” T_T
Aku : Assalamualaykum sister, can you understand english ?
Sister 1 : waalaykumussalam .. yes.. a little..
Aku : Sister, I want to work here. In raudhah.
Sister 1 : Allah, let me show you raudhah. Come with me ( dengan bersungguh2 kakak ku ini menunjukkan dimana mimbar Nabi, makam Nabi s.a.w dan para sahabat.. dengan bahasa arabnya yang aku hanya mampu meneka sikit sikit apa yang dikatakan itu, aku hanya mengangguk angguk akan penerangannya.. J )
Selesai sahaja bersalam dengan kakakku itu, aku berjalan beberapa langkah dan kemudian menunggu dia ke tempat lain, kemudian aku kembali ke raudhah dan :
Aku : Assalamualaykum sister
Sister 2 : waalaykumussalam
Aku : I am very very sorry to bother you. Can you understand English ?
Sister 2 : its okay. Yes insyaAllah..
Aku : alhamdulillah, its like this. I would like to ask you few things. Hurm, sister, how can I get a job here ?
Sister 2 : a job ? errr..
Aku : yes2. I want to work here. Like you. Work  at raudhah.
Sister 2 : ohh! Work! Yes yes. You can my sister. But you have to live here.
Aku : alhamdulillah. But then, how ? should I  go to office or something to fill in a form ?
Sister 2 : yes, you can go to the office my sister. But, sister, are you married ?
Aku : ouh. Okay.. where is the office ? no, im still single.. why ?
Sister 2 : you can not work here without mahram.  You from malayzii right ? you have to live here first with mahram, then you can apply to work here.
Aku : really ? hurm.. thank you sister
Sister 2 : welcome, my sister. May Allah bless you, insyaAllah He will ease it for you .
Aku : ( sedihnya T_T ) .. amen, insyaAllah.. Assalamualaykum
Sister 2 : waalaykumusalam :)

Setelah itu, ibu dan adik aku datang kepadaku. Kami kembali ke hotel dan mengemas barang2 untuk ke Mekah keesokkan harinya.
Sweet Dream Madinah Al-Munawwarah ~ ;)

Tuesday, July 19, 2011

Semanis Iman Seindah Umrah - 31/5

31 May 2011 ( Madinah )
Alhamdulillah, Allah masih memberi kami nafas yang baru untuk hari ini.
Jam 0330 pagi, kami mula mengemas diri dan bersiap untuk ke masjid Nabawi. Subuh bakal menjelma jam 0420 pagi nnti..
Alhamdulillah selesai solat subuh, kami meluangkan masa di masjid nabawi. Selesai dhuha, kami pulang ke hotel untuk bersarapan.
” wah, dah jadi orang arab la , Ain kan ? ” –ustaz   -  =.=”
” Ain , Aunty nak pakai purdah juga, mana Ain beli purdah ni ?” Aunty Yah
” buat sendiri je, ain balut2 guna selendang, jom la pakai sama2 ” balas sayeee >.<   ( pin kan aje selendang tu, takde makne kene balut2, saje buat ayat hebat sikit tadi.. :P )
Ahem, takpe, hal purdah purdah x perlu diceritakan lagi.
Selesai sarapan, kami bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.
Kami mengambil keputusan untuk pulang ke masjid Nabawi dan beribadah disana.
Di RAUDHAH 2 – Al-Kisah ~
Kami sekali lagi ke raudhah kerana terasa sangat rindu padanya. Peluang ini kami cuba hargai  dengan sebaiknya. Hari ini, hati aku terasa lain sedikit. Entah mengapa terasa berbagai soalan bertandang di fikiran ini. Hari ini Allah mudahkan jalan kami untuk memasuki raudhah. Kami tidak perlu tunggu lama seperti semalam. Alhamdulillah sangat mudah untuk memasuki raudhah . Hati  aku sudah tersangat rindu untuk ke raudhahNYa. 
Adleen : kakbie, cepat langkah masuk raudhah, dekleen da dapat masuk ni.
Aku : takpe, bagi mak cik ni dulu. Kakbie jaga dekleen kat belakang ni, dekleen solat dulu.
Orang ramai berasak-asak untuk memasuki raudhah. Aku juga ditolak-tolak secara sengaja atau tidak sengaja oleh beberapa jemaah ( wallahu’alam ). Kadang-kadang terasa sakit juga badanku ditolak oleh mereka yang berbadan besar. ;(
Adleen :  kakbie, dah, solat cepat.
Aku : okey
Tiba2 sahaja seorang mak cik indon mengambil tempat aku lalu terus solat. Okay takpe, aku yang lambat, biarlah mak cik ni solat dulu.
Aku : dekleen jagakan beg dan makcik ni. Apa2 hal nanti dekleen dan natrah keluar dulu. Kakbie ke depan sikit, ada ruang kosong kat situ.
Adleen : okay
Syukur badan aku kecil, aku berjaya meloloskan diri dari kepungan kepungan jemaah. Huhu. Hinggalah aku berjaya sampai di depan sikit, aku ke tepi tiang untuk solat bagi mengelakkan ditolak jemaah lain. ( kalau solat kat tepi tiang, probability untuk ditolak orang adalah kurang kerana jemaah2 ni suka lalu mencelah org sdg solat berbanding lalu kat tepi tiang ) hehe.
Alhamdulillah aku bertemu ibu di situ dan ibu menjagaku ketika solat.
  • aku terhenti seketika untuk menyambung cerita ni T_T * ALLAH !
hurmmmm.. continue..
alhamdullillah aku mendapat ketenangan didalam solatku. Aku benar2 hampir selesai menunaikan solat. Aku berada  di sujud akhir sedang berbicara dengan Rabbku, aku sudah hampir bangun untuk tahiyat akhir.
” Allahu Akbar! ” sister! , ”Allahu Akbar! ” sister! Please help her! Allah! Allah!
“Anak bangun nak” Allah!  Suasana bertukar menjadi sangat sangat sangat.. x tahu nak cakap apa. Aku tak tahu mcm mana keadaan diluar solatku. T_T aku hanya terdengar jeritan2 kalimah Allah.
Kerana ketika itu, aku sedang bersama Rabbku! Aku bersama Rabbku dalam sujud T_T , aku terasa sesuatu yang menimpa badanku. Berat, teramat berat.  Sejujurnya kepalaku terasa amat sakit, terasa satu hentakan di kepalaku membuatkan rasa mcm ( boleh pecah kepala ni ) >.<”
Waktu itu seakan terhenti bagiku, aku bertanya kepada Rabbku . “ Ya Allah, hidup lagikah aku ? “ Ya Allah.. Ashaduan la’ilaha ilaAllah, wa ashaduanna Muhammadan Rasulullah …  Tiada Tuhan yang kusembah melainkanMu Ya Allah , dan Nabi Muhammad itu pesuruhMu Ya Allah.. “
Setelah beberapa ketika. Nafasku semakin sesak. Aku hamper hamper kehilangan nyawa ketika itu. Sudah aku rasakan separuh nyawaku hilang. Namun begitu, dengan izin Allah, bebanan tadi lantas hilang dan aku bangun dari sujudku sambil mengalir deras air mataku. Aku meneruskan solatku dengan tahiyat akhir.
Selesai sahaja aku meberi salam, baru aku terasa sakit sangat badan aku. Ibu mengusap-ngusap kepalaku dan memelukku. Beberapa orang jemaah berdiri disekelilingku sambil menggosok perlahan tubuhku.  Seorang makcik berbangsa arab berkerusi roda memegang erat tanganku sambil membaca doa.

“ tadi jemaah dari iran rempuh masuk raudhah masa waktu jemaah Malaysia dan Indonesia tak habis lagi. Pastu orang Iran tu terjatuh atas kakbie , ibu ditolak ke tepi tadi, mak cik mak cik ni semua yang tolong kakbie .” jelas ibu saat melihat aku masih dalam keadaan bingung pada waktu itu. ( aku rasa aku ada terlupa satu sejarah dlm hidup ni.. tapi, entah la )
Air mataku masih belum berhenti mengalir, aku berterima kasih kepada makcik yang membantuku dan syukur kepada Allah kerana izinkan aku bernafas semula. Aku memandang sejenak kearah sister yang duduk di atas blok tiang untuk mengawal keadaan. Terpanggil hatiku untuk memandang ke arahnya. Anak matanya bertembung dengan mataku, dia mengangkat tangan bertanya bagaimana keadaanku. Aku hanya menunduk senyum membalasnya untuk memberitahu aku selamat.
Sebelum kami menyusur keluar raudhah, kami sempat mengucapkan selawat dan salam keatas Baginda Rasulullah s.a.w dan sahabat sahabat baginda. Alhamdulillah. Kami berehat sebentar di dalam masjid dan meneruskan ibadah2 sunat sambil menanti waktu zohor.
* Allah, aku tak boleh lupa peristiwa ini * T___T
Selesai solat Zohor, kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari, kemudian ke shopping mall yang dibawa Muhammad semalam dan ke kedai2 di sekeliling Masjid untuk membeli Jubah lelaki buat Fathullah, Akbar, Saromaz dan Firdauze.
Ibu: kakbie, Muhammad kat mana ? Dia x datang ke petang ni ?
Aku : hurm,  dia dekat Uni kot. Kan sekarang dia tgh study week. Biarlah dia study. Ibu dah rindu anak angkat ibu ke ?
Ibu : ouh, nanti  tanya dia. Kalau dia ada masa free datang la sini. Kalau tak, takpe la. Suruh dia study. Ibu nak beli jubah ebie ngan kopiah lagi sikit.  Muhammad kan pandai cakap arab. Ibu nak anak ibu sorang ke dua belajar kat Madinah ke Mekah mcm Muhammad.
Aku : ouh, nanti la kakbie bgtahu dia..
Mengambil semangat dan di-inspired oleh akhi Muhammad yang sangat petah berbahasa Arab sambil tawar menawar harga dalam urusan berjual beli, aku juga turut berusaha seperti dia , tapi dalam bahasa inggeris campur arab yang mana bahasa arab tu aku hafaz dari kata-kata Muhammad semalam. Ehehh.. Alhamdulillah, kami berjaya membeli jubah jubah, kopiah kopiah dan selendang selendang besar untuk saudara mara dengan harga yang berjaya ditawar-tawarkan. Hihihi J Ada sedikit rasa puas dan syukur bila berjaya membeli dengan harga yang lebih murah dari harga asal J JJ
Alhamdulillah, jam 3 petang, kami kembali ke masjid untuk menanti solat asar berjemaah.
Petang itu, dengan izin Allah, kami bertembung dengan saudara ( kazen ibu ) , ibu kelihatan sungguh gembira bertemu mereka ^^
Selesai solat Asar , kami  meluangkan masa bersama masjid yang bakal dirindui ini.
Kemudian kami pulang ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri.
Kami kembali semula ke masjid Nabawi untuk solat maghrib dan isya berjemaah.
Selesai solat isya, Muhammad memberitahu kami bahawa dia menunggu kami di Pintu King Abdul Aziz, katanya.. macamlah aku tahu pintu tu kat mana >.<”
Malam itu, Muhammad membawa kami ke shopping mall..
Muhammad : maaf Ain, nak call kawan jap, …..
Aku : okay okay
Ibu dan adik memasuki bebrapa buah kedai sementara aku menunggu di tiang sambil menunggu Muhammad kembali.. lama jugak dia menghilangkan diri.
Kemudian Muhammad membawa kami ke sebuah kedai yang khas menjual jubah jubah lelaki . mungkin dia rajin membeli jubah dia kat sini agaknya. Macam friendly je dia dengan tuan kedai.
Muhammad membantu ibu dalam memilih jubah untuk adik lelaki bongsuku.
Walaupun aku tak berapa faham apa yang dibincang Muhammad dengan tuan kedai, tapi nampak gayanya macam Muhammad ditawarkan sesuatu sekiranya berjaya membawa pelanggan ke kedai tersebut.. betul tak Muhammad ? haha
Baiklah, kami pun keluar dari bangunan shopping tadi dan ..
Ibu: nak pergi mana pulak kakbie ?
Aku: nak makan nak makan, gastric dah ni..
Ibu: Muhammad, kita pergi makan..
Muhammad pun dengan bersemangatnya menuju ke tepi jalan dan menahan beberapa teksi.
Aku tak mahu ulas apa-apa pasal ni. Sebab aku terlupa betul dia ada cakap nak bagi rasa makan nasi Arab. Sedangkan aku hanya memikirkan roti arab ketika itu.. haha..
Kami pun menaiki sebuah kereta bersama mengelilingi madinah pada waktu malam ( laju tau driver tu bawak kereta, macam tak sayang nyawe ouh >.<  ” )

Cantiknya pemandangan waktu malam di madinah . dari jauh aku dapat melihat keindahan kilauan cahaya yang terpantul dari Masjid Nabawi, keindahannya sungguh menyejukkan hati, terasa mcm sedang minum air zam zam ‘cold’ . :P

Pastinya architect dan engineer yang terlibat dalam memperindahkan masjid ini terdiri dari Hamba Allah yang istimewa – gifted- Aku yakin bukan mudah untuk meletakkan susunan lampu dan segala mcm hal bagi mendapatkan effect yang mengkagumkan.. jauh dari sudut hati anak kecil ini, aku teringin juga untuk melakar sebuah masjid bagi umat islam,  aku bercita cita ingin mewujudkan sebuah perkampungan islam yang mana dapat mengembalikan suasana masyarakat yang jelas mengamalkan cara hidup islam. Berjemaah di masjid setiap waktu solat, berkerjasama, saling menegur dan segala yang telah diwasiatkan oleh Nabi Muhammad  s.a.w. tercinta. 
Malam itu, bangunan bangunan disarungkan dengan cahaya lampu yang terang. Malamnya disini seakan tidak mahu tidur. Disini lebih hebat  berbanding dengan Kuala Lumpur. Setelah beberapa minit, kami tiba disebuah restoren arab. Aku tidak sempat meneliti kawasan sekitar kerana terasa sedikit takut untuk merayau rayaukan anak mata ini di tanah asing.
Apa yang dijelaskan oleh sahabat, di sini, perempuan dan lelaki diasingkan. insyaAllah tidak berlakunya ikhtilat. Di restoren2, kebanyakkannya hanya dipenuhi oleh kaum adam sahaja. Dan di sesetengah restoren, ada juga disediakan bilik bilik khas untuk sekeluarga menjamu selera bersama.
Alhamdulillah, malam itu kami makan  - erm, Nasi Mandi Arab , jika x salah saya.
Nak kata tak pernah makan, rasanya rupanya macam sama dengan nasi bariani.. huhu. Cuma lauknya berbeza dan rempah yang digunakan untuk menyediakan nasi itu berlainan sikit kot.  Tidak sama dengan nasi bariani. Rasanya lebih sedap ” umphhh” –kata iklan air teh
Dan, dessert , hurm, ” susu bakar ” ye kot, susu bakar. Aku pun x ingt apa namanya. Mungkin betul la tu kot.  Walaupun dah kenyang makan nasi arab, aku dipaksa juga untuk merasa dessert tu. Alhamdulillah, memang sedap. Rasa macam nak lagi. Tapi dah kenyang. Huhu.
Selepas itu, kami dihantar pulang ke hotel. Malam berlalu begitu pantas.
Alhamdulillah untuk segala nikmat dan rezeki pada hari ini.
Selamat malam Madinah ~ <3

Semanis Iman Seindah Umrah - 30/5

30 May 2011 ( Madinah )
””   Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).                     ”””
 Adab Adab Ziarah :
·         Sepatutnya bagi pengunjung ketika dia menghala ke Madinah Munawwarah, dia banyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi serta memohon kepada Allah supaya memanfaatkannya dengan ziarahnya itu dan menerima ziarahnya itu kemudian berdoa:
(اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وارزقني في زيارة نبيك (صلى الله عليه وسلم) ما رزقته أولياءك وأهل طاعتك واغفر لي وارحمني يا خير مسؤول).
·         Dia disunatkan mandi sebelum memasuki Madinah Munawwarah dan memakai pakaian yang paling bersih.
·         Apabila sampai di pintu masjid baginda s.a.w, dia hendaklah mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki kirinya ketika melangkah keluar.
·         Dia masuk dengan menuju ke Raudhah (iaitu bahagian di antara mimbar dan maqam Nabi di mana permaidaninya berwarna hijau sedangkan permaidani masjid di bahagian yang lain semuanya berwarna merah). Setelah itu dia mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat Masjid kemudian dia datang ke maqam Nabi dan berdiri menghadap muka baginda s.a.w. sekitar empat hasta dari dinding maqam dalam keadaan beradab kemudian memberi salam tanpa menguatkan suaranya cuma cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri, sebagai tanda peradaban bersama baginda s.a.w.
·         Pengunjung membaca dengan hati yang khusyuk sambil menundukkan muka serta memperlahankan suara dan tidak banyak menggerakkan anggota badan:
(السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله, السلام عليك يا خيرة خلق الله, السلام عليك يا صفوة الله, السلام عليك يا سيد المرسلين وخاتم النبيين, السلام عليك يا قائد الغر المحجلين, السلام عليك وعلى أهل بيتك الطيبين الطاهرين, السلام عليك وعلى أزواجك الطاهرات أمهات المؤمنين, السلام عليك وعلى أصحابك أجمعين, السلام عليك وعلى سائر عباد الله الصالحين, جزاك الله يا رسول الله أفضل ما جزى نبياً ورسولاً عن أمته, وصلى الله عليك كلما ذكرك الذاكرون, وغفل عن ذكرك الغافلون. أشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أنك عبده ورسوله, وأمينه وخيرته من خلقه, وأشهد أنك قد بلغت الرسالة, وأديت الأمانة, ونصحت الأمة, وجاهدت في الله حق حهاده).
·         (Sesiapa yang kesuntukan masa untuk berbuat demikian atau tidak mengingatinya, dia bolehlah membaca sebahagian dari salam ini sahaja).
·         Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w dia hendaklah memberi salam secara menyebut: (السلام عليك يا رسول الله من فلان ابن فلان).
·         Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a dengan berkata:
(السلام عليك يا خليفة رسول الله ، السلام عليك يا صاحب رسول الله في الغار ، السلام عليك يا رفيقه في الأسفار ، السلام عليك يا أمينه على الأسرار ، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً ، اللهم ارض عنه وارض عنا به).
·         Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Umar r.a. dengan berkata:
(السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا من أيد الله به الدين، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً، اللهم ارض عنه وارض عنا به).
·         Setelah itu dia kembali semula ke Raudhah dan banyak mendirikan sembahyang dan berdoa di sana.


jam menghampiri 4 pagi, kami tiba di Madinah.  * bacaan doa  bersama ustaz *
bas berhenti di hotel penginapan kami, " AL-HARAMAIN HOTEL "..
gembira tgk ada nama " AIN " kat belakang tu.. heheh. ;D
selepas mendapat kunci bilik, kami membersihkan diri dan turun menuju ke  Masjid Nabawi.
dari hotel, kami berjalan kaki lebih kurang 200M untuk ke Masjid Nabawi..
secara jujurnya, inilah dia satu perasaan yang tak tahu nak cakap apa.
masa seolah-olah terhenti. jantung tidak berdegup, hati terbeku dan lidah tidak terkata.
ya, buat seketika. Seolah-olah hidup aku terhenti sejurus melnagkahkan kaki  memasuki masjid nabawi.
Allah, tak tahu apa perasaan ini. tak tahu.
terasa tanganku dipegang ibu sambil membawaku menuju ke pintu masuk dalam masjid nabawi
. ini masjid nabawi! bukan masjid KLIA! bisik hatiku seakan tidak percaya..
ALLAH! ALLAH! T_T
lamunan seakan terhenti apabila berdiri di depan pintu masuk gate 29 ( kot ) huhu
kami perlu menanggalkan kasut dan diperiksa beg oleh sister sister yg guard depan pintu tu. sebarang camera, hp mahupun bom tidak dibenarkan masuk.
tapi tapi tapi
jujur la, aku mmg letak hp dalam beg, tapi tak pernah pulak sister tu nak check.. huhu..
kalau dia check pun, dia mcm tak jumpa la hp dlm beg aku.. heheheh >.<"
takpe, tak penting pun. yng penting ni, alhamdulillah lepas part check2 ni.
kami ahem.. agak ditolak2 sikit oleh orang2 yg lebih besar >.<
takpe takpe. yang penting, semua dapat solat jemaah subuh. alhamdulillah.
alhamdulillah, selesai solat subuh, orang ramai mula keluar. aku boleh nampak banyak ruang ruang kosong di hadapan. selepas membaca al-mathurat yg dihadiahkan oleh twin kesayanganku, Arianne. aku tinggalkan sekejap kat tepi dan maju ke depan.. dan date sekejap dgn Allah.. T_T
maybe lama sgt date sampai ibu datang.. memegang bahu kiriku sambil berkata  " sudahlah, jangan nangis lagi.  jom jom, sarapan dulu".. huhu
so,  aku balik semula kat tempat aku solat subuh tadi untuk ambil buku kecil al-mathurat . tengok2. tadadaddada~ mmg dah takde >.< T_T
sorry sangat twin.. aku tak bgitahu lagi tentang kehilangan al-mathurat ni .. sobs..
sejak dari tu.. share jela mathurat dgn ibu ^^

lepas bersarapan di hotel
" kakbie, tanya Muhammad, dhuha masuk pukul berapa ?, harini hari apa eh ?" tanya ibu..
" ouh, ok insyaAllah ”
” ajak la dia datang sini, nak bagi hadiah tu , lambat lambat nanti takut tak terkejar masa ” sambung ibu..
” erm, okey2.. ”
- msg sent -
kami meneruskan aktiviti kembali ke masjid nabawi untuk berjalan2 melihat persekitaran masjid, kemudian ibu , adik dan makcik makcik pergi melabur riyal  kat tepi masjid.xD
 aku bersama cikgu Ross masuk ke dalam masjid untuk ke raudhah.
" Assalamualaykum sister " , aku memberi salam kepada salah seorang penjaga pintu yg berbangsa Arab , berpakaian jubah dan niqab serba hitam, aku hanya mampu melihat matanya sambil tersenyum.
" waalaykumussalam dear sister " , dia menjawab salamku dan aku dapat melihat  seolah2 kilauan kaca di matanya yang memberitahuku dia gembira dgnku dan membalas senyumku disebalik purdah itu.
" erm, how can we enter raudhah ?
" ouh, malayzii ? "  sambil memanggil kawannya yg dari indonesia..
" kenapa ya ?" , datang sister yang berbangsa indon kepada kami sambil bertanya .
" ouh, saya nak masuk raudhah, macam mana ye ? "
" masuk di pintu sana " sambil menunjukkan tangan kirinya ke arah pintu yang dibuka tidak seberapa besar itu..
" syukran syukran "
aku kembali ke cikgu ross dan mengajaknya untuk ke raudhah.
" ouh, boleh masuk ? jap, kita minum air zam zam dulu jom " balas cikgu..
Alhamdulillah, leganya dapat minum air zam zam " cold" .. ;D
kami pun semangat la berjalan dan masuk pintu tadi.. then kelihatan ada pakguard2 kat tepi and ramai sangat orang kat atas karpet merah..
aku melihat ramai orang arab yang lepas masuk ke pintu yang kedua. bila tiba giliran kami, kami diarah untuk duduk dahulu..
" malayzii, malayzii.. dudukk dahuluu. nanti baru masukk. ibu! dudukk ibu, dudukk " jerit sister yang berjaga di pintu kedua.. ^^
aku yang masa tu, mmg tak tahu apa-apa..
" Assalamualaykum sister"
"waalaykumussalam"
" may I know, when is the time we can enter raudhah ? "
" i'm not sure, please wait and be with your group first. soon, we will let you in ."
" okay2. thank you"
Cikgu Ross dan aku berjalan menuju ke karpet merah dan menunaikan solat sunat disana. Setelah itu kami menunggu giliran untuk dijemput masuk ke raudhah.
Walau bagaimanapun, tiada rezeki kami pada pagi itu, kami terpaksa keluar dahulu kerana ada perjumpaan dengan jemaah di hotel.
Selesai perjumpaan,  kami kembali ke Masjid Nabawi untuk solat zohor 1235 p.m J
Jam 1 petang lebih, kami kembali ke hotel untuk makan tengah hari.
Petang itu, kami mula terasa letih, jadinya, ibu, aku dan adik merehatkan diri masing2 di bilik.
Tanpa kami sedar, kami telah terlepas solat asar berjemaah beberapa minit . ALLAH ! T_T
Pilunya hati ini.  Kami tidak sedar Muhammad ada memaklumkan kami tentang masa masuknya waktu asar di Madinah.  Cepat cepat kami menunaikan solat di bilik.
” ada di lobby ” - Muhammad
Petang itu, pemuda yang  diundang ibu, datang ke tempat penginapan kami untuk mengambil hadiah yang telah kami bawa dari Malaysia. ;D
Selepas menyerahkan hadiah kepada sahabatku. Aku fikir semuanya akan berakhir dan aku ingin terus ke masjid. Tapi, lain pula jadinya. Allah, tak plan sungguh jadi macam ini sehingga terasa sangat menyusahkan sahabat. ;(
Dengan senang hatinya ( mungkin ) Muhammad membawa kami  untuk ke shopping mall  seperti yang ibu inginkan.  Aunty Yah dan anaknya Natrah juga turut menyertai kami.
Di satu babak, Al-Kisah~
Aunty Yah : yati, siapa ni ?
Ibu : ouh, anak angkat saya, belajar di U madinah
Aku : .. what... =.=”
Sambung cerita, di Shopping mall, ahemmm.. mmg kopak la duit >.<”.. huhuhu..
Ada la beberapa helai jubah dan barang2 lain yang berjaya di borong.
Harga jubah disana, yang trend sederhana tak over melampau lip lap lip lap tu, boleh didapati dgn harga 40 riyal. J
Masa yang ada semakin mencemburui kami semua. Setengah jam sebelum masuk waktu maghrib, kami kembali ke masjid untuk solat jemaah bersama. Petang itu, kami solat dibahagian luar kerana nampak gayanya ruangan di dalam masjid sudah penuh sesak.
Itulah pertama kalinya merasai solat jemaah maghrib di masjid nabawi. Alhamdulillah.
Selesai me-recite Al-Quran, kami  menunggu Muhammad di depan gate seperti yang telah dipersetujui petang tadi.
Malam itu,  Muhammad membawa ibu untuk membeli  ubat yang aku perlukan >.< di Farmasi.  Dan membeli tasbih tasbih di kedai kedai yang tidak jauh dari masjid dan perkuburan Baqi’.
Alhamdulillah, kami sempat selesaikan urusan shopping sebelum masuknya waktu isya.
Kami juga dibawa Muhammad untuk melihat raudhah dan rumah Nabi Muhammad s.a.w. dari luar.. MasyaAllah ;)
Alhamdulillah, hari ini berlalu begitu pantas ( tapi siang dia mmg lama la, mmg terasa lama la ).
Selesai solat isya, kami semua agak keletihan dan kembali ke hotel untuk makan malam.
Selesai sahaja makan malam, kami dibawa oleh ustazah ke raudhah.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 11 malam lebih, kami diizinkan untuk memasuki raudhah. Alhamdulillah ! Allahu Akbar! J

Di RAUDHAH , Al-Kisah ~
Sister : Assalamualaykum, Alhamdulillah, Allah has call all of you, my sisters to be here. Alhamdulillah, my sisters, please behave and don’t make anything that haraammmm when you enter raudhah. The red carpet is not yet raudhah, raudhah is with the green carpet. I suggest you to perform only a solat sunath. Please be patient , we will let you enter raudhah in a few while.
- baca doa masuk raudhah-
“ Allah, hambaMu ini sudah berdiri disini, lagi beberapa langkah sahaja, hambaMu ini bakal memasuki taman syurgaMu dengan izinMu Ya Allah.  “ , “ Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah, aku tersangat malu untuk menjejakkan kakiku ini ke dalam raudhahMu. Tanpa ampunan, rahmat dan kasih saynagMu, aku tidak memiliki apa apa Ya Allah.”
“ sudah hampir dekat Ya Allah, izinkan hambaMu yang hina ini ke raudhahMu..” T______T
Allah, bergetar2 hati dan badanku pada waktu itu.. sungguh, saat itu bukan mimpi lagi, itulah realiti , itulah rezeki yang terindah dari Rabbku yang kucintai. <3
Lagi selangkah kaki, aku bakal memasuki raudhahNYa. Allahu Akbar!
- membaca doa sambil membawa perlahan kaki kanan menjejak raudhah buat pertama kalinya.-
Semakin laju hati dan jantungku bergetar. ” Allah! Allah! Allah! Aku berada di raudhahMu! Allahu! Akbar!.. Syukur padaMu, terima kasih Ya Rabb! ” jerit hati kecilku terharu dan bersyukur kepada Rabbku diatas nikmat ini.
Kini kedua-dua kakiku berada di raudhah. Aku menanti giliran untuk menunaikan solat dengan penuh rasa sabar dan syukur padaNya.
 ” tak perlu terburu2 sehingga menyakiti jemaah lain, Allah, Rabbku Maha Mengetahui isi hati ini lagi Maha Melihat ”.
Alhamdulillah, aku berjaya menunaikan solat sunat dan bermohon kepada Rabbku.
Selesai memberi salam dan doa buat Rasulullah S.A.W. tercinta , Saiyidina Abu Bakar r.a , dan Saiyidina Umar r.a,  kami diminta untuk keluar dan memberi peluang kepada jemaah lain memasuki raudhah.
Alhamdulillah, kami pulang dengan hati yang cukup tenang, gembira, syukur atas rezeki dari Yang Maha Esa. Alhamdulillah !
Kami tiba di bilik, lebih kurang jam 1230 malam.
Selamat malam Madinah, love you miss you raudhah~ <3
Health issue :  temperature di Madinah semakin meningkat saban hari. Bagi aku, biarpun tak seberapa panas , badan aku yang lemah ini tetap tidak mampu untuk menanggung suhu yang tinggi. Oleh kerana itu, aku menjadi sedikit lemah . bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk, aku perlu melindungi diriku dari sinaran UV. ( oh, aku tak suka pakai lotion sebenarnya ) alhamdulillah malam itu aku berazam untuk memakai purdah bagi menjaga kesihatan. ( nampak mcm takde kaitan purdah dgn kesihatan ni kan ? , tapi kalau dah rase panasnye sendiri, anda sendiri boleh faham.. huhu ) J