Tuesday, July 19, 2011

Semanis Iman Seindah Umrah - 31/5

31 May 2011 ( Madinah )
Alhamdulillah, Allah masih memberi kami nafas yang baru untuk hari ini.
Jam 0330 pagi, kami mula mengemas diri dan bersiap untuk ke masjid Nabawi. Subuh bakal menjelma jam 0420 pagi nnti..
Alhamdulillah selesai solat subuh, kami meluangkan masa di masjid nabawi. Selesai dhuha, kami pulang ke hotel untuk bersarapan.
” wah, dah jadi orang arab la , Ain kan ? ” –ustaz   -  =.=”
” Ain , Aunty nak pakai purdah juga, mana Ain beli purdah ni ?” Aunty Yah
” buat sendiri je, ain balut2 guna selendang, jom la pakai sama2 ” balas sayeee >.<   ( pin kan aje selendang tu, takde makne kene balut2, saje buat ayat hebat sikit tadi.. :P )
Ahem, takpe, hal purdah purdah x perlu diceritakan lagi.
Selesai sarapan, kami bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.
Kami mengambil keputusan untuk pulang ke masjid Nabawi dan beribadah disana.
Di RAUDHAH 2 – Al-Kisah ~
Kami sekali lagi ke raudhah kerana terasa sangat rindu padanya. Peluang ini kami cuba hargai  dengan sebaiknya. Hari ini, hati aku terasa lain sedikit. Entah mengapa terasa berbagai soalan bertandang di fikiran ini. Hari ini Allah mudahkan jalan kami untuk memasuki raudhah. Kami tidak perlu tunggu lama seperti semalam. Alhamdulillah sangat mudah untuk memasuki raudhah . Hati  aku sudah tersangat rindu untuk ke raudhahNYa. 
Adleen : kakbie, cepat langkah masuk raudhah, dekleen da dapat masuk ni.
Aku : takpe, bagi mak cik ni dulu. Kakbie jaga dekleen kat belakang ni, dekleen solat dulu.
Orang ramai berasak-asak untuk memasuki raudhah. Aku juga ditolak-tolak secara sengaja atau tidak sengaja oleh beberapa jemaah ( wallahu’alam ). Kadang-kadang terasa sakit juga badanku ditolak oleh mereka yang berbadan besar. ;(
Adleen :  kakbie, dah, solat cepat.
Aku : okey
Tiba2 sahaja seorang mak cik indon mengambil tempat aku lalu terus solat. Okay takpe, aku yang lambat, biarlah mak cik ni solat dulu.
Aku : dekleen jagakan beg dan makcik ni. Apa2 hal nanti dekleen dan natrah keluar dulu. Kakbie ke depan sikit, ada ruang kosong kat situ.
Adleen : okay
Syukur badan aku kecil, aku berjaya meloloskan diri dari kepungan kepungan jemaah. Huhu. Hinggalah aku berjaya sampai di depan sikit, aku ke tepi tiang untuk solat bagi mengelakkan ditolak jemaah lain. ( kalau solat kat tepi tiang, probability untuk ditolak orang adalah kurang kerana jemaah2 ni suka lalu mencelah org sdg solat berbanding lalu kat tepi tiang ) hehe.
Alhamdulillah aku bertemu ibu di situ dan ibu menjagaku ketika solat.
  • aku terhenti seketika untuk menyambung cerita ni T_T * ALLAH !
hurmmmm.. continue..
alhamdullillah aku mendapat ketenangan didalam solatku. Aku benar2 hampir selesai menunaikan solat. Aku berada  di sujud akhir sedang berbicara dengan Rabbku, aku sudah hampir bangun untuk tahiyat akhir.
” Allahu Akbar! ” sister! , ”Allahu Akbar! ” sister! Please help her! Allah! Allah!
“Anak bangun nak” Allah!  Suasana bertukar menjadi sangat sangat sangat.. x tahu nak cakap apa. Aku tak tahu mcm mana keadaan diluar solatku. T_T aku hanya terdengar jeritan2 kalimah Allah.
Kerana ketika itu, aku sedang bersama Rabbku! Aku bersama Rabbku dalam sujud T_T , aku terasa sesuatu yang menimpa badanku. Berat, teramat berat.  Sejujurnya kepalaku terasa amat sakit, terasa satu hentakan di kepalaku membuatkan rasa mcm ( boleh pecah kepala ni ) >.<”
Waktu itu seakan terhenti bagiku, aku bertanya kepada Rabbku . “ Ya Allah, hidup lagikah aku ? “ Ya Allah.. Ashaduan la’ilaha ilaAllah, wa ashaduanna Muhammadan Rasulullah …  Tiada Tuhan yang kusembah melainkanMu Ya Allah , dan Nabi Muhammad itu pesuruhMu Ya Allah.. “
Setelah beberapa ketika. Nafasku semakin sesak. Aku hamper hamper kehilangan nyawa ketika itu. Sudah aku rasakan separuh nyawaku hilang. Namun begitu, dengan izin Allah, bebanan tadi lantas hilang dan aku bangun dari sujudku sambil mengalir deras air mataku. Aku meneruskan solatku dengan tahiyat akhir.
Selesai sahaja aku meberi salam, baru aku terasa sakit sangat badan aku. Ibu mengusap-ngusap kepalaku dan memelukku. Beberapa orang jemaah berdiri disekelilingku sambil menggosok perlahan tubuhku.  Seorang makcik berbangsa arab berkerusi roda memegang erat tanganku sambil membaca doa.

“ tadi jemaah dari iran rempuh masuk raudhah masa waktu jemaah Malaysia dan Indonesia tak habis lagi. Pastu orang Iran tu terjatuh atas kakbie , ibu ditolak ke tepi tadi, mak cik mak cik ni semua yang tolong kakbie .” jelas ibu saat melihat aku masih dalam keadaan bingung pada waktu itu. ( aku rasa aku ada terlupa satu sejarah dlm hidup ni.. tapi, entah la )
Air mataku masih belum berhenti mengalir, aku berterima kasih kepada makcik yang membantuku dan syukur kepada Allah kerana izinkan aku bernafas semula. Aku memandang sejenak kearah sister yang duduk di atas blok tiang untuk mengawal keadaan. Terpanggil hatiku untuk memandang ke arahnya. Anak matanya bertembung dengan mataku, dia mengangkat tangan bertanya bagaimana keadaanku. Aku hanya menunduk senyum membalasnya untuk memberitahu aku selamat.
Sebelum kami menyusur keluar raudhah, kami sempat mengucapkan selawat dan salam keatas Baginda Rasulullah s.a.w dan sahabat sahabat baginda. Alhamdulillah. Kami berehat sebentar di dalam masjid dan meneruskan ibadah2 sunat sambil menanti waktu zohor.
* Allah, aku tak boleh lupa peristiwa ini * T___T
Selesai solat Zohor, kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari, kemudian ke shopping mall yang dibawa Muhammad semalam dan ke kedai2 di sekeliling Masjid untuk membeli Jubah lelaki buat Fathullah, Akbar, Saromaz dan Firdauze.
Ibu: kakbie, Muhammad kat mana ? Dia x datang ke petang ni ?
Aku : hurm,  dia dekat Uni kot. Kan sekarang dia tgh study week. Biarlah dia study. Ibu dah rindu anak angkat ibu ke ?
Ibu : ouh, nanti  tanya dia. Kalau dia ada masa free datang la sini. Kalau tak, takpe la. Suruh dia study. Ibu nak beli jubah ebie ngan kopiah lagi sikit.  Muhammad kan pandai cakap arab. Ibu nak anak ibu sorang ke dua belajar kat Madinah ke Mekah mcm Muhammad.
Aku : ouh, nanti la kakbie bgtahu dia..
Mengambil semangat dan di-inspired oleh akhi Muhammad yang sangat petah berbahasa Arab sambil tawar menawar harga dalam urusan berjual beli, aku juga turut berusaha seperti dia , tapi dalam bahasa inggeris campur arab yang mana bahasa arab tu aku hafaz dari kata-kata Muhammad semalam. Ehehh.. Alhamdulillah, kami berjaya membeli jubah jubah, kopiah kopiah dan selendang selendang besar untuk saudara mara dengan harga yang berjaya ditawar-tawarkan. Hihihi J Ada sedikit rasa puas dan syukur bila berjaya membeli dengan harga yang lebih murah dari harga asal J JJ
Alhamdulillah, jam 3 petang, kami kembali ke masjid untuk menanti solat asar berjemaah.
Petang itu, dengan izin Allah, kami bertembung dengan saudara ( kazen ibu ) , ibu kelihatan sungguh gembira bertemu mereka ^^
Selesai solat Asar , kami  meluangkan masa bersama masjid yang bakal dirindui ini.
Kemudian kami pulang ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri.
Kami kembali semula ke masjid Nabawi untuk solat maghrib dan isya berjemaah.
Selesai solat isya, Muhammad memberitahu kami bahawa dia menunggu kami di Pintu King Abdul Aziz, katanya.. macamlah aku tahu pintu tu kat mana >.<”
Malam itu, Muhammad membawa kami ke shopping mall..
Muhammad : maaf Ain, nak call kawan jap, …..
Aku : okay okay
Ibu dan adik memasuki bebrapa buah kedai sementara aku menunggu di tiang sambil menunggu Muhammad kembali.. lama jugak dia menghilangkan diri.
Kemudian Muhammad membawa kami ke sebuah kedai yang khas menjual jubah jubah lelaki . mungkin dia rajin membeli jubah dia kat sini agaknya. Macam friendly je dia dengan tuan kedai.
Muhammad membantu ibu dalam memilih jubah untuk adik lelaki bongsuku.
Walaupun aku tak berapa faham apa yang dibincang Muhammad dengan tuan kedai, tapi nampak gayanya macam Muhammad ditawarkan sesuatu sekiranya berjaya membawa pelanggan ke kedai tersebut.. betul tak Muhammad ? haha
Baiklah, kami pun keluar dari bangunan shopping tadi dan ..
Ibu: nak pergi mana pulak kakbie ?
Aku: nak makan nak makan, gastric dah ni..
Ibu: Muhammad, kita pergi makan..
Muhammad pun dengan bersemangatnya menuju ke tepi jalan dan menahan beberapa teksi.
Aku tak mahu ulas apa-apa pasal ni. Sebab aku terlupa betul dia ada cakap nak bagi rasa makan nasi Arab. Sedangkan aku hanya memikirkan roti arab ketika itu.. haha..
Kami pun menaiki sebuah kereta bersama mengelilingi madinah pada waktu malam ( laju tau driver tu bawak kereta, macam tak sayang nyawe ouh >.<  ” )

Cantiknya pemandangan waktu malam di madinah . dari jauh aku dapat melihat keindahan kilauan cahaya yang terpantul dari Masjid Nabawi, keindahannya sungguh menyejukkan hati, terasa mcm sedang minum air zam zam ‘cold’ . :P

Pastinya architect dan engineer yang terlibat dalam memperindahkan masjid ini terdiri dari Hamba Allah yang istimewa – gifted- Aku yakin bukan mudah untuk meletakkan susunan lampu dan segala mcm hal bagi mendapatkan effect yang mengkagumkan.. jauh dari sudut hati anak kecil ini, aku teringin juga untuk melakar sebuah masjid bagi umat islam,  aku bercita cita ingin mewujudkan sebuah perkampungan islam yang mana dapat mengembalikan suasana masyarakat yang jelas mengamalkan cara hidup islam. Berjemaah di masjid setiap waktu solat, berkerjasama, saling menegur dan segala yang telah diwasiatkan oleh Nabi Muhammad  s.a.w. tercinta. 
Malam itu, bangunan bangunan disarungkan dengan cahaya lampu yang terang. Malamnya disini seakan tidak mahu tidur. Disini lebih hebat  berbanding dengan Kuala Lumpur. Setelah beberapa minit, kami tiba disebuah restoren arab. Aku tidak sempat meneliti kawasan sekitar kerana terasa sedikit takut untuk merayau rayaukan anak mata ini di tanah asing.
Apa yang dijelaskan oleh sahabat, di sini, perempuan dan lelaki diasingkan. insyaAllah tidak berlakunya ikhtilat. Di restoren2, kebanyakkannya hanya dipenuhi oleh kaum adam sahaja. Dan di sesetengah restoren, ada juga disediakan bilik bilik khas untuk sekeluarga menjamu selera bersama.
Alhamdulillah, malam itu kami makan  - erm, Nasi Mandi Arab , jika x salah saya.
Nak kata tak pernah makan, rasanya rupanya macam sama dengan nasi bariani.. huhu. Cuma lauknya berbeza dan rempah yang digunakan untuk menyediakan nasi itu berlainan sikit kot.  Tidak sama dengan nasi bariani. Rasanya lebih sedap ” umphhh” –kata iklan air teh
Dan, dessert , hurm, ” susu bakar ” ye kot, susu bakar. Aku pun x ingt apa namanya. Mungkin betul la tu kot.  Walaupun dah kenyang makan nasi arab, aku dipaksa juga untuk merasa dessert tu. Alhamdulillah, memang sedap. Rasa macam nak lagi. Tapi dah kenyang. Huhu.
Selepas itu, kami dihantar pulang ke hotel. Malam berlalu begitu pantas.
Alhamdulillah untuk segala nikmat dan rezeki pada hari ini.
Selamat malam Madinah ~ <3

No comments: