Tuesday, July 19, 2011

Semanis Iman Seindah Umrah

Assalamualaykum

-Semanis iman Seindah umrah-

28 May 11
Detik-detik semakin hampir, berdebar debar hatiku menanti masa.
Tidur tak lena, makan tak lalu, mandi cepat kering   ;D
Allah! Allah! Allah!
seakan akan tak percaya masa itu semakin menghampiri. ini realiti, bukan lagi mimpi.
( sbnarnya nak bgi tajuk Titisan Pena Catatan Umrah, tapi tukar la.. huhu.. )
sahabat: Salam Ain, jangan lupa doakan sahabat2 disini. Semoga ukhuwah kita sentiasa kukuh. Jaga kesihatan disana nnti.. sampaikan salam dan rindu ana pada Rasulullah saw dan para sahabat baginda.
sahabat: Salam Ain, doakan ayah ana kembali sihat seperti biasa ya. jaga diri, dengar kata enti selalu pengsan beberapa hari lepas.
sahabat: Salam ukhti! semoga peroleh umrah yang mabrur, selamat pergi dan kembali.
sahabat: Salam Ain. dah siap ke persiapan umrah ? doakan ana sekali ya.. jaga hati dan niat sebelum, semasa, selepas umrah.  :)
dan banyak lagi request..  Hp Sony ericsonku tak berhenti2 menerima pesanan dari sahabat2.
masa terus berlalu, hari ini sibuk dengan mengemas barang barang supaya tidak ada yang  terlupa untuk dibawa esok.
setiap solat semakin dibasahi air mata, " Allah! benar2 Engkau makbulkan permintaan hambaMu yang hina dina ini Ya Allah!. Aku malu kepadaMu. Aku takut untuk kesana. terimakah Engkau pada diriku yang hina dengan bebanan  dosa dosa ini? " T_T
matahari mula menghilangkan diri, bertukar shift dengan sang bulan.
" Ya Allah, apa khabar ayahanda kesayanganku ? bagaimana keadaanya ya Rabb ?, aku rindu padanya. ".. terduduk aku sejenak bertanyakan khabar arwah ayahanda setiap kali selesai solatku. Allah, hanya Allah yang tahu perasaan di hatiku ini.
dan sesungguhnya, apabila Allah ambil apa yang aku sayangi, Allah gantikan pula dengan sesuatu yang aku perlukan. bukan makhluk yang aku maksudkan, tetapi ujian yang mana untuk menambahkan ketabahan hati dan menguji keimanan diri.
Fikiranku dihimpit dengan persoalan jawapan istikharahku yang masih tidak terasa cukup kukuh.
Allah, biarlah dahulu, baik aku tumpukan kepada amal ibadahku yang tak seberapa ini. insyaAllah ada la jawapannya  suatu hari nanti untuk aku berikan pada si dia dan ustazahku. :)
selesai mengemas barang, aku meluangkan masa berdiskusi dengan sahabatku tentang bebarapa perkara. hingga lewat malam, aku masih tidak dapat tidur lena. tak sangka pula lain hajatku, lain pula yang direcommend si sahabat. Allah, ujian lagi ni. " Allah, kupohon padaMu, pimpinlah aku hingga ke syurgamu, aku tidak mahu hati ini disentuh hambaMu, ambillah hatiku ini, peliharalah hatiku Ya Rabb yang aku cintai. "
" ku pohon padaMu Ya Rabb, suburkan cinta kita, tiada yang lebih utama dari cinta ini."
pada jam 12.46 pagi, suasana dirumah menjadi riuh rendah dengan kehadiran saudara mara dari Muar, Sungai Buloh, dan Melaka.
lewat pukul 2 pagi barulah kami dapat merehatkan diri untuk menanti subuh yang bakal menjelma beberapa jam lagi. malam itu, ibu, aku dan semua adik beradikku tidur bersama di satu bilik. " Allah!, rindu suasana begini, dulu tidur sama sama masa kecil kecil. dan juga ketika masih baru lagi kehilangan ayahanda tersayang." masa dan memori terus berlalu.
seperti biasa, tidurku masih bermimpikan wajah ayahanda tersayang. tiada dia di dunia realiti, munculnya dia di alam mimpi, cukup menenangkan hatiku setiap hari.

No comments: